Makan Ikan Muka Cantik ?

Salam sejahtera, hahaha, saya baca tajuk nih, saya rasa pernah tulis pasal makan ikan dulu, tulislah macam-macam, tapi yang ni menarik jugak. Betul ke makan ikan muka cantik ? Hahhaha, oklah nak cerita nih macam-macam contoh kita boleh tengok, tak susah pun.
Dulu aku pernah ada supervisor, phd dan master, dan muka diorang memang jenis awet muda, hahaha, ini cerita betul punya. Tahu tak muka diorang ni bersih, oh ye, memang aku perati tabiat makan diorang. Lagi lagi supervisor phd aku, dia makan ikan, tak pernah aku tengok dia makan ayam ke , daging ke, jarang wei, hahahha. Muka awet muda, selain itu pergi kedai order air kosong je, memang diet gile.
Aku pernah tulis macam-mana nak cantik , tapi nak ceritakan kat sini, korang pernah tak tengok orang yang duduk di kepulauan, yang memang makan ikan nature , tak goreng, tak masak, ye tuh orang jepun. Orang jepun, memang diakui kulit cantik, sebab diet mereka macam tuh, mereka suka makan mentah, tak goreng, takda minyak, lepastuh minum green tea, memang ada harapan nak kulit cantik.
Bila sebut pasal ikan, kena memilih jugak ikan nih. Sebab korang pun tahu, dunia sekarang, penuh dengan pencemaran macam kat pahang tuh. Hahhaa, ikan yang biasa mungkin dah kena pencemaran minyak, jadi jawabnya, ikan laut dalam pilihan terbaik. Sebab apa ? kerana mereka ni makan makanan yang tak tercemar, tak diusik, kat situ semuanya makan natural dan sangat bagus. Sebab tuh aku nak masuk cerita pasal nak share dengan korang 2 vitamin penting dari hasil ikan laut dalam.
Omega-3 – minyak paling cool dalam dunia, omega 3 ni bagus untuk jantung, imuniti, kesihatan budak budak, dan macam-macam lagilah. Nak cantik pun, bagus makan omega-3, sebab ia boleh mengurangkan keradangan pada wajah muka.
Kolagen – yang ni memang semua orang suka. bab kolagen nih, ramai salah faham, sampai ada kata kolagen ada pada tumbuhan. Hahhaa, itu tak betul, kolagen hanya ada pada haiwan, termasuklah spesis manusia.
Nak diceritakan lagi, kalau hidup kita tak makan ayam, takpa, tapi nak cerita, makan ikan lagi bagus, daging ikan takde lemak, ayam ada, tinggi kolesterol lagi. Jadi, makan ikan fresh, laut dalam, itu yang terbaik.