DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Makan Sayur Lebih Kalau Nak Kurus

Makan Sayur Lebih Kalau Nak Kurus

TIP NAK KURUS – MAKAN LEBIH SAYUR

Betul ke makan sayur boleh kurus ? Sayur menyumbang kalori yang lebih rendah berbanding kumpulan makanan yang lain. Lebih banyak sayur anda makan, lebih banyak serat yang anda dapat. Ini boleh memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan ini, anda tidak cenderung untuk makan berlebihan atau mengambil snek yang berlebihan di antara waktu makan.

Apa akan terjadi jika anda tak isikan separuh pinggan dengan sayur? Anda akan cenderung untuk mengambil sumber karbohidrat (seperti nasi, mi atau lain-lain) dan lauk pauk secara berlebihan. Hal ini akan menyebabkan pengambilan KALORI yang tinggi. Walaupun begitu, pemilihan sayur yang tidak bersantan atau kurang berminyak adalah pilihan yang lebih baik untuk mengurangkan pengambilan kalori yang seterusnya membantu anda menurunkan berat badan.

JOM MAKAN SAYUR

Jadi, makan lebih sayur kalau nak kurus! NAK KURUS, JOM MAKAN SAYUR JE. ELAKKAN BERLAPAR SECARA BERLEBIHAN ATAU MENGAMBIL SUPLEMEN/ UBAT-UBATAN YANG BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT. INGAT, TIADA JALAN PINTAS UNTUK KURUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat