DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Makanan Sunnah Penyebab Ribut Cytokine ?

Makanan Sunnah Penyebab Ribut Cytokine ?

BUAH, SAYUR & MAKANAN SUNNAH GANGGU IMUN?

Ramai tak tahu info ni. Sebahagian dari kita sebenarnya imun jadi lebih teruk bila ambil buah dan sayur tertentu.

Buah-buahan seperti pisang, betik, durian, nangka, avokado, beri, lemon dan nanas sangat berkhasiat dan kuatkan imun bagi orang yang tiada masalah pencernaan.

Begitu juga sayuran seperti kangkung, kobis, bayam, tomato, cili, terung dan macam-macam lagi. Berkhasiat dan bagus untuk imun.

Tapi bila sistem pencernaan bermasalah, perut dan badan jadi sensitif. Ini sebabkan badan jadi alergi dan intoleran terhadap makanan tu.

Badan jadi “angin” semacam lepas makan.

Makanan “sunnah” seperti habbatussauda, minyak zaitun dan madu juga tidak berkecuali. Orang sensitif berisiko jadi “panas” bila ambil makanan ini

Biasanya makanan tinggi khasiat ini yang trigger dan tingkatkan imun kita. Tapi bila perut ataupun pusat imun rosak, imun jadi berlebihan dan diluar kawalan.

Cytokine contohnya merupakan salah satu sel imun yang membunuh kuman. Tapi bila imun ini terlebih dan diluar kawalan, cytokin jadi berlebihan dan sebabkan

” Ribut Cytokine”

Ribut cytokine ini lah yang menjadi punca kematian majoriti penderita COVID19 yang ada penyakit kronik.

.
Sebab tu pentingnya kita stabilkan dulu imun kita. Redakan dulu alahan dan “angin” akibat kerosakan sistem pencernaan.

Penting untuk buat food diary jika ada alahan. Supaya “makanan sihat” ni tak sebabkan mudarat pula.

Jangan pantang lama sangat. 6-8minggu biasanya sudah mencukupi. Kita ambil makanan tidak alah dalam tempoh tu. Insha Allah takkan kekurangan zat..Sebab banyak makanan sihat sebenarnya boleh makan.

Elakkan ambil faatfood, makanan tinggi proses dalam tin dan pek, dan kurangkan gula.

Kesimpulannya, makanan sihat ni sebenarnya menyihatkan badan, memantapkan imun. Tapi bila perut kita angin sensitif, kena baiki dulu supaya imun stabil kembali.

Insha Allah, lepas perut usus kita dah sihat, makanan seperti buah, sayur dan makanan sunnah akan kuatkan lagi imun badan kita.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.