MANFAAT OMEGA-3 – Kebaikan Minyak Ikan Untuk Kesihatan

MANFAAT OMEGA-3 – Kebaikan Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Semua orang tahu yang manfaat omega-3 ni, minyak ikan yang bagus untuk kesihatan. Dulu tengok iklan pasal budak yang pergi sekolah sorang-sorang, cikgu tanya dia, semua dia jawab budak lain demam. Hahha, itulah penangan minyak ikan di pasaran. Oklah, kali ini jom kita tengok balik apa kebaikan omega-3 nih, gambar memang ambil dari google je .

Kebaikan dan Manfaat Omega-3

Bolehlah dikatakan omega-3 ni bagus untuk jantung, otak,mata dan tulang. Omega-3 mampu mencegah kanser, penyakit kardiovaskular, stress, alzhemier, parkinson, penyakit sendi dan macam macam lagi. Banyak lagi manfaat omega-3, boleh baca lagi di sini.

Sumber OMEGA-3?

Biasalah, minyak ikan adalah sumber terbaik omega-3, tengoklah biasanya ikan yang ada banyak  omega-3 ini biasanya ialah ikan laut dalam. Kenapa ye, itulah cara mereka memanaskan badan yang berada di laut dalam yang sejuk dengan tekanan yang tinggi. Boleh tengok gambar di atas beberapa jenis ikan dan jumlah omega-3 yang ada. Bapak aku pun ada cakap, ikan rilek je tak sejuk, sebab badan dia kuat, sebab itulah kena makan ikan, barulah badan tahan sejuk dan kurang demam.

Kenapa Ibu Mengandung Perlukan Omega-3 ?

Omega-3 ini penting untuk bayi dalam kandungan. Ianya bagus untuk berat badan bayi, dan ianya mencegah dari kehaliran pra-matang. Ianya bagus untuk perkembangan sistem saraf bayi tersebut. Pengambilan omega-3 boleh mengurangkan stress untuk ibu tersebut.

Boleh Kuruskan Badan ke ?

Hooo banyak jugak penyelidikan yang dijalankan tentang manfaat omega-3 untuk menguruskan badan. Minyak ikan mampu membakar lemak serta mengurangkan kolestrol. Boleh baca lagi pengalaman puan Ainul Mustafa di sini. dan di sini.

Kebaikan Lain Omega-3

  1. Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS.
  2. Membantu meningkatkan kesuburan.
  3. Pengambilan secara berterusan memyerikan kulit, kulit lebih licin dan kemerah-merahan.
  4. Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  5. DHA dan EPA mampu menentang trombosis
  6. Merendahkan kepekatan darah dan tekanan darah tinggi.
  7. Melicinkan saluran darah dan peredaran darah lebih lancar
  8. Mengekalkan tekanan darah normal
  9. Mengurangkan ketegangan dileher atau sakit kepala
  10. Merendahkan kolestrol
  11. Menghindarkan pembekuan darah didalam badan.
  12. Mengawal masalah obesiti
  13. Mencegah arteriosclerosis, myocardial infacrtion
  14. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  15. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  16. DHA merupakan nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ianya penting dalam 3 bulan terakhr perkembangan otak janin semasa dalam kandungan.
  17. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran.
  18. Mencegah penyakit alzheimer.
  19. Memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migrain
  20. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
  21. Membaiki alahan kulit, psorisis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupuserythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  22. Menentang kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  23. Meningkatkan enterogastritis, merangsang hati selepas pembedahan.
  24. Membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  25. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis)
  26. Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  27. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  28. Membaikpulih gout dengan berkesan.
  29. Mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan.
  30. EPA dan DHA berupaya menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental seperti kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autisme, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophernia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat