DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Manfaat Vitamin B

Manfaat Vitamin B

Salam JUMAAT saudara semua. bestnya nak dah masuk JUMAAT ni, penghulu segala hari. Apa kata kali ni saya nak share je maklumat baru yang dapat kat group Rumah Mesra Ceria, manfaat dan kebaikan Vitamin B.

Vitamin B

Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :
melancarkan metabolisme
melancarkan peredaran darah
mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk

Manfaatnya :

memlancarkan metabolisme
meningkatkan kekebalan tubuh
menjaga keseimbangan garam-garam mineral
membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut

Manfaatnya :

mencegah kerosakan urat saraf
membantu pembentukan sel darah merah
melancarkan metabolisme sistem tubuh
mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga
Kekurangan vitamin B Complex 
boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.