Masalah Kaki Makan Air

Masalah Kaki Makan Air

Cuaca yang panas lembab menyebabkan ramai yang menghadapi masalah ini. Ia berpunca dari jangkitan kulat.

Kulat sifatnya suka kepada persekitaran yang gelap dan lembab. Oleh itu, cara untuk mencegah dari jangkitan ini adalah dengan memastikan kasut dan sarung kaki sentiasa kering.

Rawatan bagi masalah ini terdiri dari krim anti fungal dan ubat makan anti fungus jika perlu. Taburkan kasut dengan serbuk anti fungus jika perlu.

Jika anda memang ada masalah ini, baik untuk pastikan kaki sentiasa kering. Gunakan kasut berbeza selang sehari, supaya kasut sempat kering sepenuhnya

Sumber: Public Health Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat