DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Masalah Kulit Gatal

Masalah Kulit Gatal

Masalah Kulit Gatal. Stress tau kalau kulit gatal-gatal. Nak tahan garu tapi tangan ni dah gatal nak menggaru. Kalau garu nanti berdarah pastu meninggalkan parut auchh ni lagi pedih mata nak tengok.

Kak ita nak share apa punca dan solusi untuk masalah kulit kering dan gatal.

⚪️ Kurang minum air.
Macam mana nak tahu air kita minum dah cukup. Masa buang air kecik jengah sikit untuk peratikan warna. Pastikan warna air kencing bening atau pun kuning cair. Tu maknanya air dlm badan cukup

⚪️ Duduk dalam aircond lama sangat
Rajinkam sapu lotion, lip balm dan moisturiser

⚪️ Mandi air panas lama sangat
Limitkan masa ketika mandi air panas sebab minyak pada kulit berkurangan

⚪️ Kulit super duper sensitif
Guna body wash yang melembapkan dan PH yang serasi

⚪️ Masalah kesihatan
Dapatkan nasihat doktor especially untuk pesakit diabetes dan tiroid

⚪️ Faktor usia
Makin berumur, minyak semulajadi pada kulit kita makin malas nak produce

Selamat melembapkan kulit toink toink laling!

#sumosauna #sumosharing #sumotips

KENAPA GUNA UBAT LORATADINE?

Ramai yang cadangkan ubat ini untuk rawatan resdung malah telah viral pun. Ubat ini dinamakan sebagai loratadine.

Tapi kalau beli di farmasi nama jenamanya adalah clarytine. Ubat ni memang selalu digunakan untuk merawat resdung. Pendek kata kalau dekat hospital tu, kalau doktor merawat kanak-kanak yang ada resdung tu, rawatan pertama yang akan dicuba adalah ubat ini.

Apa-apa pun pergi periksa dengan doktor dulu kalau ada simptom resdung

Apa itu Resdung?

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.

Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.

Ubat ini adalah sejenis anti-histamin bermaksud dia melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.

Loratadine ini adalah generasi kedua antihistamin yang boleh mengelakkan beberapa kesan sampingan ubat histamin generasi pertama yang selalunya menyebabkan rasa mengantuk.

Tetapi ada juga sesetengah individu yang akan mengalami kesan sampingan yang sama.

Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai lagi rawatan resdung. Yang pastinya, rawatan sedut habuk kayu ataupun asap pada hidung tidak akan menghilangkan masalah alahan pada seseorang.

Jika anda mengalami resdung yang melampau, adalah lebih baik berada di bawah pantauan doktor.

Follow kami di channel telegram t.me/ediagnosa bagi mendapat info perubatan terus ke telefon bimbit anda

((Komen ‘TQ’ sket supaya lebih ramai dapat melihat post ini dan jgn lupa follow page kami TheDiagnosa)

Petua Hilangkan KAYAP

Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:-

Petua 1.

Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.

Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.

Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok)

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.

Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi..betul- ubi larut atau sagu bemban. Kaedah yg sama, diasah dan disapu pada kayap. Ubi ni pokoknya berdaun hijau dan berwarna putih bersih dan selalu dijadikan tanaman hiasan.

Petua 7

Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8.

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 9.

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .

Petua ke 10

Ambil tepung jagung/ beras & dicampurkan dengan secubit/ dua cubit garam. Masukkan air mineral dan gaul. Bacakan Al Fatihah 7 kali & Selawat 3 Kali. Akan jadi seperti bedak. Pastu sapukan pada kayap..Kayap akan berbuih2 kerana menyerap bahan2 yg InsyaAllah besok kayap akan kering kerana bahan2 ni bersifat sejuk.

Petua ke 11

Kenal tak pokok sireh cina? Biasanya pokok ni mudah didapati di pecahan pasu atau simen. Pokok ni bersifat sejuk dan sangat banyak khasiatnya. Untuk penyakit kayap, ambik dalam beberapa pokok ( agak2 je) tumbuk dan campurkan dengan bedak sejuk & air. Sapukan pada kayap. Buatlah beberapa kali sehingga kayap kering.

Petua ke 12

Cari sebiji telur ayam kampung. Ambil putihnya sahaja dan sapukan pada kayap Yang sedang menular. InsyaAllah ikhtiar.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Petua Orang Kampung

6 Jenis Masalah Kulit

Pernah tak dihantui masalah kulit yg memalukan? Diejek kengkawan gara-gara tompok panau di lengan dan dibelakang leher? Ada yg malu nak bercampur masyarakat gara-gara berkudis dan bernanah di kaki? Dengarje dh menggelikan.. takda siapa nak benda mcm ni jadi, tapi jangan bimbang.tiap-tiap penyakit InsyaAllah ada ubatnya.

Penyakit kulit ni ada mcm2 jenis.. ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria , virus dan kulat seperti kudis buta, kudis api, kurap, panau dan campak. Ada disebabkan oleh pengubahsuaian sistem imun badan kita seperti alahan, reaksi hipersensitif, resdung. Ada juga disebabkan masalah dalam darah (ekzema, psoriasis) dan sebagainya. Nak kenal lebih lanjut apa masalah kulit , boleh tengok info kt bawah ni:

1. Kudis

Penyakit kulit gatal yang menular and scabies, biasanya lebih ketara dirasai pada waktu malam. Sering muncul di tempat-tempat lembab pada badan seperti tangan, ketiak, kunci paha dan pada tangan dan kaki.

2. Kurap

Penyakit kulit menular yg disebabkan jangkitan kulat, dimana terdapat bahagian kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda.

3. Panau

Penyakit kulit disebabkan sejenis kulat. Dikesan melalui bercak pada kulit disertai rasa gatal bila berpeluh, biasanya berwarna putih, coklat atau merah bergantung pd warna kulit penghidapnya. Paling banyak terjadi pada remaja usia belasan. Tapi golongan tua pun tak terkecuali ada.

4. Folikutis

Disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Penderita biasanya rasa gatal-gatal dan pedih, lebih-lebih lagi bila rambut atau janggut dicabut. Sekiranya tak dirawat, folikulitis akar akan jadi kronik dan berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

5. Ekzema

Nama lainnya Dermatitis Atopik. Ia disebabkan sentuhan atau alergi dan terjadi pada jenis individu yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan penyakit ni! Bagi ekzema yang serius, kulit jadi kemerah-merahan dan membengkak. Pesakit akan menggaru-garu kulit kerana rasa tersangat gatal sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit akan merekah.

6. Kudis Buta

Penyakit kulit berjangkit disebabkan tungau betina yg menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka pada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat. Kulit akan rasa sangat gatal dan akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tak dirawat, ia boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan tubuh dengan pengidap kudis buta ataupun dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

sumber: najahbeuatyshoppe

Leave a Reply

%d bloggers like this: