DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Masalah Sciatica

Masalah Sciatica

Anda ada sakit daripada bahagian pinggul turun ke hujung kaki dan sakit tersebut seolah-olah macam terkena elekterik atau ditembak?

Anda sebenarnya mungkin menghadapi masalah yang dinamakan sebagai Sciatica.

Ia disebabkan himpitan pada saraf yang keluar daripada tulang belakang.

Himpitan saraf ini boleh berlaku disebabkan slipped disc. Ia juga boleh berlaku disebabkan ruang antara tulang belakang semakin mengecil. Ini akan menyebabkan geseran di antara tulang itu berlaku.

Perkara ini pula akan menghasilkan penumbuhan tulang baru dikawasan geselan ini. Ia dinamakan sebagai osteophytes. Tulang yang baru ini boleh menghimpit saraf dan menyebabkan masalah sciatica

⚠️Tanda tanda masalah sciatica adalah:

✅Kaki berasa sakit daripada pinggul hingga ke hujung kaki
✅Kaki mungkin berasa kebas dan panas
✅Sakit selalunya pada bahagian sebelah kaki sahaja
✅Jika terlalu teruk, kaki mungkin akan lumpuh

⚠️Rawatan yang diberikan adalah:

✅Ubat tahan sakit
✅Rawatan fisioterapi
✅Pembedahan untuk membetulkan tulang belakang selalunya dilakukan ketika mana pesakit mengalami kelumpuhan ataupun kaki tersebut menjadi terlalu lemah

Anda diminta berjumpa dengan doktor jika menghadapi masalah ini.

Pembacaan penuh utk masalah sciatica ada di sini: https://thediagnosa.com/sciatica-punca-simptom-rawatan/

Ikuti channel telegram kami di t.me/ediagnosa untuk mendapat info kesihatan terus ke telefon bimbit anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.