Mee Segera Ancam Kesihatan Kanak-Kanak

Mee Segera Ancam Kesihatan Kanak-Kanak

“Mee segera – Ia tidak berkhasiat dan menyebabkan kanak kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan”
.

Itu kenyataan dari pakar UNICEF yang menjalankan kajian pemakanan dan status nutrisi bagi kanak kanak di asia tenggara.

Isu pengambilan BERLEBIHAN mee segera dikalangan kanak kanak bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut melibatkan Indonesia dan Filipina.

Walaupun ia tidak berkhasiat, namun kanak kanak gemarkannya berikutan kandungan perasa dan garam yang tinggi. Ibu bapa juga lebih selesa untuk menghidangkan mee segera berbanding makanan ruji konvensional seperti nasi kerana ia pantas dan mengenyangkan.

Faktor kemiskinan merupakan antara faktor mengapa mee segera dijadikan pilihan. Harga yang murah, jualan yang meluas dan promosi hebat produk mee segera juga menjadi faktor.
.
Mee segera bukan solusi kepada masalah kekurangan zat makanan. Ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan. Kanak kanak yang mengambil mee segera secara berlebihan boleh alami masalah kegemukan dan kurang berat badan.

Ya, walaupun gemuk, sebenarnya mereka tidak memperoleh nutrient yang penting untuk pertumbuhan. Paling ketara adalah zat besi dan vitamin. Kekurangan zat besi akan menjejaskan perkembangan otak.
.
Ibu bapa sekalian, mee segera tidak patut ada di rak stok makanan anda. Jika anda mempunyai PILIHAN, elakkan dari menghidangkan mee segera untuk anak anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat