DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Mee Segera Penyebab Kanser Perut

Mee Segera Penyebab Kanser Perut

Akibat Makan Mee Segera Setiap Hari, Pelajar Mati Kerana Kanser Perut

Peringatan Buat Yang Suka Makan Instant Mee.

Pelajar 18 tahun meninggal dunia akibat kanser perut dipercayai kerana makan mi segera setiap malam.boleh je nak makan tapi kalau seminggu tak sentuh nasi asyik makan Mee segera je….itu mmg Cari penyakit… Orang lain nak lari dari penyakit anda nak Cari penyakit .

Kematian seorang pelajar universiti yang rajin dan cemerlang kerana kanser perut, telah menggemparkan Taiwan.

Pelajar lelaki berusia 18 tahun tersebut terkenal dengan sikapnya yang rajin dan bekerja keras dalam pelajaran sehingga beliau sentiasa berjaga malam untuk belajar dan menyiapkan kerja kursus. Sikap ini telah dibawa sejak daripada bangku sekolah, di mana beliau telah muncul sebagai salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya.

Malangnya selain rajin belajar, pelajar berkenaan juga mempunyai tabiat makan yang tidak sihat iaitu beliau mengamalkan makan mee segera setiap malam. Menurut akhbar Taiwan, SeeHua News, semasa beliau menjejakkan kaki ke universiti, beliau telah beberapa tahun mengamalkan makan mee segera setiap hari.

Hasil kegigihan belajar, beliau telah berjaya menempatkan dirinya di universiti pilihannya – tetapi tidak lama kemudian beliau mula berasa tidak sihat dan sentiasa berasa mual, kembung dan sakit perut.

Mendapati keadaan kesihatannya semakin teruk, ahli keluarga beliau telah membawanya ke hospital. Keputusannya, beliau telah didiagnosis menghidap penyakit kanser perut tahap empat dan mempunyai peluang yang tipis untuk hidup.

Selepas setahun bergelut dengan penyakit kanser perut, pelajar cemerlang tersebut meninggal dunia.

Sehubungan dengan kes kematian yang mendapat perhatian meluas media-media Taiwan ini, pakar onkologi di mana pelajar tersebut menerima rawatan, Dr Yan Jiarui menasihatkan supaya orang ramai mengurangkan pengambilan mee segera dan makanan-makanan yang boleh menjadi punca kanser perut yang lain seperti jeruk dan daging merah.

Kredit: News Strait Times

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat