MELANCONG MEMBAZIR – Betul Ke Bercuti Buang Duit ?

MELANCONG MEMBAZIR – Betul Ke Bercuti Buang Duit ?

Ada orang kata dalam facebook, betul ke melancong membazir ? kita pun seronok juga tengok orang lain pergi jalan-jalan oversea, duit banyak boleh buat suka hati. Adalah mulut tak berapa nak positif katanya membazir duit. hahaha, apa perasaan korang ? Apa pendapat korang pasal isu melancong ini. Dulu pernah juga terfikir benda ini buat habis duit je. Tapi lama lama ok dah ada sedikit rasa positif. OK jom kita baca pesan master lyna noh dibawah.

Melancong Membazir ?

Dulu saya kecam org yang pegi bercuti. Membazir, lebih baik sedekah, riak, takbur dan sebagainya. Hahaha. Macam2 lagi lah. Eh kalau aku kaya aku takkan pegi bercuti lah. Takat nak rasa sejuk2 tu banyak je tempat kat Malaysia ni. Sebabnya satu je, saya tak mampu. Tengok pun tak mampu. Kalau tgk mesti rasa sakit hati. Hix. Sakitnya tuh di sini. Tak tipu. Tp in denial. Mungkin dalam ramai2 yang saya kecam tu, ada yang doakan ke cemana… tiba2 dapat peluang bercuti.

Ehh kau, habis terbang semua riak takbur semua takde. Seronok kotttt 😭 bertahun2 tak boleh move on. Dan kau pun mula faham kenapa org2 yang travel sana travel sini tak habis2 duk cerita psl travel dia. Bukan menunjuk, bukan riak, bukan nak menghina kita…Diorang tak boleh move on! Beza dgn org yang memang duk overseas. Takde la wei nak cerita 44 kali sehari benda sama. Dah naik bosan pun agaknya. Oleh itu, kalau ada kawan2 kecam tindakan anda… jgn lah marah, doakanlah dia. Biar dia rasa sendiri. Nanti dia akan jilat balik apa yang pernah di-khakptuih satu ketika dulu.

Bayar Hutang Dulu

Kalau kami ada juga pendirian. Kalau nak rasa best nak juga pergi jalan-jalan, kami pastikan hutang mesti setel dulu. Ye, tak salah pergi sana sini, tapi ingatlah yang wajib dulu sebelum yang sunat. Kami memang dulu tahan, niat, setelkan semua hutang dulu, barulah boleh kumpul duit balik nak pergi melancong. Nanti tak sempat nak bayar hutang, sukar juga. Kami pun, kalau nak best, pergi free trip shaklee , lagi jimat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.