Mencegah lebih baik daripada mengubat

Mencegah lebih baik daripada mengubat

Omputih kata ” Prevention is better than cure”.

Samaada kita sedar atau tak,Tuhan telah menciptakan dalam badan kita ada satu pasukan khas, pembunuh luar biasa, the bad ass killer yang sentiasa bersedia membunuh apa juga penceroboh. Sama ada bakteria, virus, fungus, mahupun protozoa yang bergerak masuk dalam badan kita. Pasukan khas ni namanya “Sistem Imun”

Sistem imun ini sentiasa menggeledah badan dan bergerak untuk mencari apa sahaja yang dianggap “bukan sebahagian daripada diri/ badan” atau kata nama lainnya “Sel yang tidak normal.”

Berapa jumlahnya Sel imun kita ni? Dalam badan kita ada bertrilion-trilion sel imun. Bila kita sihat, sistem imun berada kita sangat efektif untuk mempertahankan badan daripada serangan virus dan bakteria.

Dianggarkan kita berperang dengan serangan “kuman” 400 kali sehari, kita je yang tak perasan.

Namun banyak benda yang buat Sistem Imun kita lemah. Antaranya

●Diet yang tinggi kolesterol.

Orang yang suka makanan tinggi kolesterol yang paling mudah dan selalu diserang demam selsema. Sebabnya, dalam badan orang yang suka diet berkolesterol tinggi, sistem imun jadi lambat dan lembab.

●Logam berat

Ha.. mana pula datangnya logam berat ni?

Kadmium 》datang daripada asap rokok. Asap sendiri ataupun asap orang lain. Haih, pantang betul bila orang hisap rokok pastu hembus-!hembus dekat kita kan?

Apa Kadmium ni buat? Kadmium ni halang/melambatkan antibodi terhasil dalam badan kita.

Plumbum》 datang daripada eksos kereta, asap jerebu, pencemaran air. Paras plumbum 500 kali lebih banyak berbanding zaman nenek moyang kita dulu. Itu sebabnya nenek atuk kita sihat walaupun umur 95 tahun, kita umur 40 dah sakit itu ini.

●Lemak
Diet yang tinggi lemak tepu menyebabkan sistem imun menjadi kurang upaya. Radikal bebas bermahajaralela dalam badan dan menjadi punca kanser.

●Asap tembakau.
Rokok mengandungi lebih 1000 jenis bahan kimia. Asap rokok jahat, gais.

●Kimia toksik dalam alam sekitar.
Kesian bumi kita dan kita. Lebih kurang kira-kira 66,000 kimia di atas planet bumi dalam tempoh 20 tahun yang lepas. Dan semua bahan toksik ni la yang buat imun kita lemah.

●Tak cukup rehat.

●Stress- Stress samaada dari segi mental ataupun fizikal, merupakan pembunuh utama sistem imun.

● Kurang nutrisi.

Benar, takde jaminan bila kita bebas daripada penyakit. Namun bila kita tahu puncanya kita boleh ambil langkah berjaga-jaga. ❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat