DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Menjawab Persoalan SOP Antivaksin

Menjawab Persoalan SOP Antivaksin

Saya sebagai salah seorang doktor yang terlibat dalam menangani pandemik COVID-19 di tempat saya bekerja, nak menjawab persoalan-persoalan berikut yang sengaja disebarkan melalui WA bertujuan menghasut masyarakat untuk menolak vaksin:

1. Jika kita terima vaksin, kita boleh berhenti memakai pelitup muka?

Belum lagi. Kerana kita masih tak pun memvaksin waima 1% rakyat Malaysia.

Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan baru bermula 24 Februari 2021.

Immuniti kelompok masih jauh untuk kita capai. Dan tak mungkin menjadi kenyataan kalau rakyat Malaysia tidak mahu menerima vaksin walau pun layak.

2. Jika kita terima vaksin, bebas bersalaman dan berpelukan, tiada lagi mengamalkan jarak fizikal?

Belum lagi. Sama seperti jawapan di atas.

3. Jika kita terima vaksin, kehidupan kembali normal – bebas buat kenduri kahwin, berkumpul bersama keluarga, tengok wayang, menonton perlawanan bola sepak di stadium, berkumpul bersama rakan?

Belum lagi. Rujuk jawapan untuk soalan 1.

4. Jika kita terima vaksin, adakah diri kita tidak dijangkiti apabila diri terdedah kepada individu positif COVID-19?

Dengan vaksin Comirnaty dari Pfizer BioNTech, ia memberi perlindungan diri sendiri 95% dari dijangkiti SARS-CoV-2 penyebab COVID-19.

Kalau dijangkiti sekali pun, gejala COVID-19 sangat ringan dan tak perlu dimasukkan ke hospital.

5. Jika terima vaksin, adakah ia memutuskan rantaian penularan COVID-19?

Vaksin Comirnaty mampu menghalang 80% jangkitan dari kita yang sudah divaksin kepada orang lain.

Maka, rantaian jangkitan boleh diputuskan dengan lebih berkesan selain dari norma baharu yang diamalkan.

6. Jika terima vaksin, adakah kita melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19?

Kerana itulah kita yang dewasa dan layak menerima vaksin mesti melakukan tanggungjawab kita untuk membina immuniti kelompok.

Hanya dengan immuniti kelompok lah kita boleh melindungi anak-anak kita yang berusia 18 tahun ke bawah dari dijangkiti COVID-19.

7. Kerajaan akan bertanggungjawab, berikan pampasan kepada ahli keluarga jika berlaku kejadian di luar jangka atau timbul kesan-kesan sampingan?

Ya. Kerajaan telah berjanji dan bersetuju untuk memberi pampasan sekiranya penerima vaksin didapati mendapat kesan sampingan serius setelah siasatan rapi dijalankan.

8. Jika kita terima vaksin, berapa lama tempoh masa untuk tubuh kita membentuk immuniti?

Vaksin COVID-19 bertujuan untuk sistem pertahanan badan menghasilkan antibodi yang spesifik untuk melawan spike protein yang ada pada SARS-CoV-2.

Tempoh masa adalah dalam 2 minggu.

9. Jika kita terima vaksin, sembuh lebih cepat sekiranya dijangkiti COVID-19?

Hampir tak dijangkiti SARS-CoV-2 sebab vaksin Comirnaty berkesan 95%.

Malah kalau mendapat jangkitan sekali pun, gejala yang dialami sangat ringan atau tak ada langsung.

10. Soalan akhir, jika kita terima vaksin hidup kembali normal, tiada lagi SOP benak MKN?

Kajian di UK dan Israel, antara negara yang agresif dalam melaksanakan program immunisasi COVID-19, kadar jangkitan dan kematian menurun dengan mendadak. Mereka telah mula melonggarkan banyak larangan mereka sebelum ini.

11. Kejap, jika semua jawapan adalah seperti di atas – untuk apa kerajaan berbelanja berbilion RM dan kenapa rakyat diminta terima dos vaksin?

Kerana kita mahu #LindungDiriLindungSemua melalui vaksin COVID-19.

Bila kadar jangkitan dalam negara telah dikawal dengan baik melalui Program Immunisasi COVID-19 Kebangsaan, kita mengharapkan untuk kembali ke hidup pra-pandemik.

Ini bukan lawak antarabangsa. Ini adalah kenyataan berdasarkan bukti saintifik bertaraf tinggi.

Para teman-teman, fikirlah ya…
Akal adalah kurniaan Allah yang tak ternilai harganya…

Disunting oleh Dr. Rusyainie binti Ramli dari Medical Mythbusters Malaysia bagi menangkis hujah dangkal dan jahil puak Ruwaibidhoh yang menunggang agama.

Leave a Reply

%d bloggers like this: