Merokok Rosakkan Otak – Jangan Sampai Hilang Ingatan

Merokok Rosakkan Otak – Jangan Sampai Hilang Ingatan

Bahagian tubuh sebelah mana yang tidak bakal terkena kesan buruk dari aksi merokok ? Rasanya tidak ada. Bahagian otak juga boleh terkena kesan negatif dari kebiasaan suka merokok. Menurut peneliti bidang psikologi di Northumbria University, Tom Heffernan dan Anna-Marie Marshall, merokok sangat boleh merosakkan otak. Mereka mengatakan, rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia itu boleh mendatangkan sebuah malapetaka pada otak. Betulke merokok rosakkan otak ?

MEROKOK ROSAKKAN OTAK ?

Peneliti mengungkapkan, sebuah kesan buruk pada otak meliputi penurunan kemampuan belajar dan memori di otak. Keadaan itu diburukkan lagi bila perokok juga sering minum minuman keras. Penelitian ini sudah dilaporkan dalam jurnal Frontiers di Psychiatry. Dalam jangka masa panjang, merokok juga boleh mengganggu kualiti kerja, penurunan kemampuan kognitif, masalah memori, seperti mudah lupa dengan janji dan tidak ingat buat rutin minum ubat mengikut waktu, dan juga menurut penelitian terbaru, perokok pasif pun bakal terkena kesannya jika menghirup asap rokok. Merokok dinilai dapat memengaruhi korteks atau lapisan di luar otak yang berkaitan dengan fungsi memori dan pemprosesan informasi. Lapisan korteks itu menipis seiring bertambahnya usia. Tetapi, merokok dapat mempercepat penipisan lapisan korteks.

BAHAN KIMIA DALAM ROKOK

Dari 4000 bahan kimia didalam rokok, sebanyak 50 di antaranya atau bahkan lebih adalah racun. Sebut saja, karbon monoksida yang juga ditemukan pada asap knalpot mobil, butana yang ditemukan dalam cairan kimia, serta arsen, amonia, dan metanol pun terkandung dalam bahan bakar roket. Bahan-bahan kimia berbahaya tersebut lama-kelamaan bakal masuk ke dalam tubuh, kemudian merosakkan sel-sel yang sihat. Merokok jadi faktor risiko utama berbagai jenis kanser, masalah paru-paru, dan masalah kardiovaskular. Lebih luas lagi, merokok juga dapat menurunkan kualiti sel sperma lelaki dan memepercepatkan risiko katarak. Cara mencegahnya, tentu sudah pasti dengan berhenti merokok. Ada beberapa terapi yang boleh membantu seseorang agar berhenti merokok, seperti terapi pengganti nikotin.

NAK BERHENTI MEROKOK ?

Jom baca lagi beberapa tips dalam blog nih, supaya korang boleh berhenti merokok dengan mudah. jom baca perkongsian menarik dari beberapa insan yang berjaya berhenti merokok

Sumber : Indoharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat