Minuman Tenaga Bagus Sangat Ke ? Ketahui Kandungan Sebenar Minuman Ini

Minuman Tenaga Bagus Sangat Ke ? Ketahui Kandungan Sebenar Minuman Ini

Persoalan mula timbul, benarkah minuman sebegini benar-benar mengembalikan tenaga? Bagaimana pula dengan kesan jangka masa panjangnya? Ini berikutan beberapa buah negara telah mengambil langkah mengharamkan penjualan minuman tenaga ini secara terbuka, di antaranya ialah Australia, New Zealand, dan beberapa buah negara Eropah yang lain (di France, minuman sebegini hanya dijual di farmasi). Mungkin fakta-fakta berikut boleh dipertimbangkan.

1 – Kebanyakan minuman tenaga mempunyai kandungan gula yang agak tinggi, iaitu kira-kira 5 hingga 8 sudu teh gula untuk satu hidangan (setin), walhal kita dinasihatkan untuk tidak mengambil gula melebihi 7 sudu teh gula sehari!

Gula, yang mana merupakan karbohidrat ringkas yang mudah diserap ke dalam darah, merupakan sumber tenaga segera yang bagus. Walaubagaimanapun, pengambilan gula melebihi kadar yang diperlukan amatlah rugi. Ini kerana, apabila paras gula dalam darah meningkat banyak secara mendadak, paras insulin (bertanggungjawab membawa gula kedalam sel sebelum menukarkannya kepada glikogen) juga akan meningkat. Ini akan merangsang otak untuk menghasilkan serotonin, sejenis neurotransmitter yang membuatkan orang mengantuk semulajadi pada sebelah malam. Sebab itulah apabila anda terlalu kerap mengambil minuman tenaga, anda bukan kelihatan lebih cergas, sebaliknya anda mudah menjadi lesu dan mengantuk.

2 – Semua minuman tenaga mengandungi kafein. Kafein boleh diambil tetapi haruslah diingat bahawa kafein merupakan sejenis stimulan. Ia bertindak dengan menghalang tindakbalas adenosin yang membuatkan kita mengantuk apabila ia melebarkan pembuluh darah. Tanpa adenosin yang telah dihalang oleh kafein, pembuluh darah di otak akan mengecil, menjadi lebih ketat dan sempit. Apabila ini berlaku, denyutan jantung akan bertambah (sebahagian daripada mekanisma pertahanan tubuh badan) untuk meningkatkan tekanan darah sehingga darah ‘mampu’ mengalir ke otak dan otot. Ini bersamaan peningkatan metabolisma, dan anda akan mendapat tenaga ekstra daripada peningkatan metabolisma ini.

3 – Walaubagaimanapun, pengambilan kafein secara berlebihan sebenarnya tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Secara purata, mengambil kafein di bawah 300mg adalah masih selamat. Tetapi angka begini tidak mustahil dicapai sekiranya anda mengambil 2-3 hidangan minuman tenaga sehari (kerana sebotol atau setin minuman tenaga mengandungi sekitar 50mg – 250mg kafein)! Apakah kesan buruk kafein? Kafein menghalang penyerapan kalsium kedalam tulang, dan ini meningkatkan risiko untuk anda mengidap osteoporosis (inilah sebabnya kanak-kanak yang sedang membesar tidak digalakkan mengambil minuman berkafein seperti kopi, kerana itu hanya akan membantutkan pembesaran mereka).

4 – Ramai kaki-kaki gym mengambil minuman sebegini ketika bersenam, konon-kononnya untuk meningkatkan tenaga ketika work out. Tetapi mereka tidak sedar yang minuman berkafein bersifat diuretic, yakni badan akan menyingkirkan air daripada badan dengan banyak menerusi air kencing atau peluh. Anda akan kehilangan banyak elektrolit di situ.

sumber : sususejat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.