MORNING SICKNESS – 5 Cara Untuk Elak Alahan Teruk

morning sickness

Muntah hijau, perit tekak, lidah rasa pahit lumrah biasa bagi ibu di awal kehamilan. Tidak semua wanita akan merasai nikmat ini. Rasa loya dan badan lemah membuatkan ibu hamil rasa tidak bertenaga dan hanya mampu terbaring sepanjang hari, dan terasa morning sickness.

” Makan je muntah.. makan je muntah. mana saya nak ada tenaga. paling risau baby tak cukup zat “

Luahan biasa seorang ibu yang mengalami alahan yang teruk ketika hamil. Pengalaman saya 2 kali hamil dan 2 kali mengalami alahan yang teruk. Makan muntah, makan muntah itu biasa sehingga hamil 6 bulan. Kehamilan anak pertama , saya tidak ambil apa apa makanan tambahan maka keadaan sangat teruk dan menjejaskan perkembangan anak. BAHAYA tau ! Kehamilan kedua, saya mula belajar makan makanan tambahan untuk membantu saya kekal cergas dan paling penting baby mendapat nutrisi yang penting untuk perkembangannya.

RAWATAN ALTERNATIF UNTUK MEMBANTU ATASI ALAHAN MORNING SICKNESS

Jika anda mahukan rawatan alternatif bagi membantu mengatasi alahan atau sekurang-kurangnya membantu mengurangkan alahan, ini adalah gabungan nutrisi terbaik untuk anda :

1. Antihistamin

Terdapat bukti menunjukkan bahawa antihistamin iaitu bahan yang menghalang pengeluaran histamina semasa reaksi alahan boleh membantu mengurangkan dan memberi kelegaan kepada loya dan muntah semasa kehamilan.

2. Vitamin B6 (Pyridoxine)

Kebiasaannya, wanita yang mengalami alahan yang teruk semasa hamil di dapai mempunyai tahap vitamin B6 yang rendah. Kajian juga mendapati ia mampu membantu mengatasi masalah mabuk semasa hamil tanpa meninggalkan apa-apa kesan sampingan.

3. Multivitamin

Multivitamin berkualiti tinggi boleh membantu mengurangkan simptom dalam sesetengah wanita. Pastikan ianya semulajadi ya kerana tubuh kita tidak perlukan vitamin sintetik.

Terdapat kajian yang menunjukkan kombinasi antihistamin dan vitamin B6 memberikan kesan yang jauh lebih baik berbanding jika anda mengambil salah satu atau secara berasingan.

4. Halia

Halia sangat bagus untuk pencernaan makanan, melegakan ketidakselesaan perut, loya dan mual angin.

5. Pudina

Pudina membantu memberikan kelegaan kepada otot, memberi ketenangan, mengatasi masalah penghadaman, mabuk, pedih ulu hati dan memberi kelegaan kepada masalah muntah dan hilang selera makan.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu