MULA KONSISTEN – Jangan Banyak Berfikir Dan Bertangguh

mula konsisten

MULA KONSISTEN, Perkara paling sukar nak buat dalam bisnes, especially yang buat online dari rumah adalah, Pertama, nak mula dan Kedua, nak konsisten.

Mula Konsisten Memang Sukar

Bila nak mula tu… lagi-lagi bila keadaan takde lah mendesak sangat,.. masih boleh makan, masih boleh tidur… banyak lah pulak teka-teki nya.

“Bila masa terbaik nak mula? Esok ke? tahun depan ke?”
“Betul ke keputusan aku ni? Fikir dulu sebulan dua”.

Bila dah start langkah pertama, datang pula dari kiri-kanan.

“Keluarga kita tak ada yang buat bisnes, kau tak ada darah bisnes macamana nak berjaya”
“Ramai member aku nak buat bisnes macam kau ni… tapi hm… tak ke mana semuanya”
“Aku pernah buat dulu, tak jadi apa pun”
“Kau nak buat bisnes? Hahahaha”
“Buat ape nak bisnes cari duit ni…. duniawi semua tu. bersyukur lah dgn apa yang ada”.

Itu semua adalah ranjau-ranjau yang harus ditempuhi utk memulakannya…. jalan yang kita pilih ni tak ada dihias permaidaini merah. Ia nya jalan berliku dan berbatu.

Oleh itu kita kena tanamkan rasa SUKA pada apa yang kita buat. Suka dgn dugaan. Suka dgn ujian. Suka dgn kesukaran. Suka dgn cabaran.

Kerana kesukaan itu akan bantu kita utk KONSISTEN.

Bayangkan kita jalan berbatu-batu di jalan batu yang penuh dgn batu dan tiada apa melainkan batu. Letih! Penat! Mental pun koyak, rasa dah lama jalan tapi tak sampai-sampai.

Kalau kita tak suka, kita rasa nak mengalah dan berpatah balik. Biar apa pun yang kita sedang buat, baik mula, atau konsisten… jadikanlah TUHAN itu sentiasa rapat dengan kita. Pandang Dia dgn perasaan “Allah melihat aku”.

“Fastabiqul khairat”

Nak buat benda baik kena berlumba-lumba. Bukan fikir, fikir, fikir, yg membawa tangguh, tangguh, tangguh. Kita tak mampu nak buat apa-apa kalau bergantung kpd diri sendiri. Berpautlah pada Allah. Allah beri kita kekuatan untuk melangkah dan terus melangkah. Jatuh, kita bgn semula.

sumber: lyna noh

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu
WhatsApp chat Nak Order Shaklee ?