DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Mutasi D614G

Mutasi D614G

Patutlah kes Kluster Sivagangga merebak dengan pantas dari kluster kluster lain.

Institut Penyelidikan Perubatan IMR telah mengesahkan mutasi jenis D614 telan dikesan untuk kontak rapat kes Sivagangga dan juga 1 kes dari Ulu Tiram (Individu dari filipina)

Virus ini telah terbukti 10 kali ganda lebih mudah menjangkiti individu lain jika di sebarkan oleh individu Superspreader.

Untuk makluman, mutasi virus ini mungkin menyebabkan vaksin sedia ada yang sedang dalam kajian dan pembangunan TIDAK BERKESAN terhadap virus mutasi ini.

Tahniah kepada para frontliners dan masyarakat yang terjejas di kawasan kluster yang terlibat. Kini kluster berkenaan telah berjaya dikawal dengan tiada pertambahan kes di lokaliti terjejas.

Tuan puan, virus ini bijak, ia akan sentiasa bermutasi dan berubah struktur supaya ia dapat terus tersebar dikalangan manusia.

Tetapi kita sebagai manusia perlu lebih bijak kerana kita tahu ada cara pencegahan untuk menghentikan penyebaran ini dengan mematuhi SOP, menjaga kebersihan dan memakai topeng muka.

Leave a Reply

%d bloggers like this: