Najis Berdarah -Kanser Kolon Atau Buasir ?

Najis Berdarah -Kanser Kolon Atau Buasir ?

Lazimnya umum beranggapan setiap kali najis bercampur darah, secara automatik masing-masing membuat andaian disebabkan pengambilan makanan pedas atau perut mula meragam. Perubahan tektur najis itu sendiri dilihat petanda jelas memerlukan anda menjalani pemeriksaan segera bagi mencari puncanya yang sering dikaitkan dengan kanser kolon atau ‘cancer colorectal’.

Individu berkenaan akan mengalami kesan sampingan antaranya sakit bahagian perut, kembung dan cirit-birit berterusan. Selain mengalami kurang selera makan dan anemia yang memungkinkan anda menghidap kanser tahap tiga. Simptom berkenaan tidak semestinya kanser, mungkin juga boleh berpunca daripada masalah usus lain yang tidak berkaitan kanser.

Simptom Kanser Kolon

Bagaimanapun jika seseorang sudah berusia lebih 50 tahun atau mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser, mereka disaran membuat pemeriksaan segera. Terdapat juga kes simptom ini jelas dan pesakit beranggapan tidak mungkin kanser dan enggan membuat ujian. Mereka beranggapan pendarahan disebabkan buasir, sehingga usus besar berada dalam keadaan parah

Kanser kolon terjadi pada usus besar atau bahagian rektum penghujung usus besar dengan saiz dianggarkan 15 sentimeter. Kedua-duanya terdapat perbezaan dari segi prosedur rawatan.

Kanser tidak kenal jantina

Beberapa cara mengesan kanser ini, sama ada pemeriksaan najis untuk mengesan darah yang tidak nampak dengan mata kasar (faecal occult blood test) atau pemeriksaan endoskopik. Pemeriksaan awal mendapati kanser yang menyerang tidak mengenal jantina itu, membabitkan individu yang mengamalkan diet tinggi lemak, berat badan berlebihan dan perokok tegar.

Kebarangkalian mendapat kanser meningkat atas faktor usia. Peratusan kes meningkat pada usia di antara 45 hingga 50 tahun. Secara am, kanak-kanak atau remaja jarang ditemui mendapat kanser ini, walaupun ada namun hanya membabitkan sebahagian kecil dalam kalangan yang mengalami berat badan berlebihan. Individu dewasa sekitar usia awal 30 juga berkemungkinan mendapat sporadi kanser walaupun mereka tidak ada sejarah dalam keluarga menghidap kanser kolon.

Kanser awal

Selain kes sporadik ini, ada juga generasi muda mendapat kanser awal disebabkan penyakit usus lain contohnya ‘Familial Adenomatous Polyposis’ dan ‘Hereditary Nonpolypo
sis Colorectal Cancer’. Kes ini ada, namun kadarnya kecil sekitar lima peratus. Secara ringkas kanser berkenaan terdapat empat tahap, iaitu Tahap I, Tahap II, Tahap III dan Tahap IV. Perubahan tahap setiap satunya mengambil masa.

Kanser tahap I mempunyai peluang 95 peratus untuk sembuh. Lebih tinggi tahap dikesan, makin berkurang proses penyembuhan. Peratusan sembuh untuk kanser Tahap III pula berkurangan kepada 70 peratus. Bagi kanser yang dikesan pada tahap akhir pula, rawatan bukan untuk sembuh tetapi mengawal kanser dan melegakan simptom. Kebarangkalian mendapat kanser meningkat atas faktor usia. Peratusan kes meningkat pada usia di antara 45 hingga 50 tahun.

sumber : beritaharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat