NAK BUAT SHAKLEE ? Tak Masuk Universiti Pun Boleh Berjaya !!!

nak buat shaklee

‘Saya tak belajar tinggi, tak pandai la nak buat Shaklee’ Shaklee takde set sebarang education background pun kalau nak jadi SID. Asalkan warganegara Malaysia dan sudah pun berumur 18tahun. Anda layak register. Dalam Shaklee ramai je yang lepasan SPM sekarang dah jadi business leader Shaklee dengan income 4 5 angka. Sesiapa pun boleh berjaya dalam bisnes Shaklee ni kalau dia ada

  1. Kemahuan
  2. Rajin berusaha
  3. Tidak cepat berputus asa
  4. Dengar kata mentor
  5. Kreatif dan proaktif

NAK BUAT SHAKLEE KENA RAJIN BELAJAR

Tak pandai tu semua boleh belajar. Proses pembelajaran ni tak pernah berhenti. Jangan tunggu nak pandai baru nak mula. Jangan tunggu nak tahu semua baru nak mula. Tiada apa yang akan sempurna. Yang penting BUAT TERUS. Sampai bila nak tunggu-tunggu. Komitmen semakin tinggi. Bil banyak nak dibayar. Anak-anak semakin membesar dan perlu lebih perbelanjaan. Dan anak-anak ni banyak mengidam dia nak itu ini. Seronok kan kalau kita dapat tunaikan hasrat anak. SIAPA BUAT, DIA DAPAT.

MANFAAT GANJARAN TUNAI KALAU NAK BUAT SHAKLEE

Apakah manfaat dan peluang yang ditawarkan apabila anda menjadi ahli Shaklee? Program Ganjaran Tunai Shaklee memang antara yang terbaik, jom tengok berapa duit boleh kumpul

  1. Bonus Kumpulan Peribadi (21%) – Bonus Peribadi Bersih merupakan pendapatan yang dibayar oleh Shaklee berdasarkan jumlah PV Kumpulan Bulanan anda. Peratusan Bonus Peribadi Kasar diambilkira melalui UV kumpulan anda. Peratusan ini akan meningkat seiring dengan kenaikan tanggungjawab kepimpinan anda bilamana anda menaja pengedar baru masuk ke dalam kumpulan anda. Untuk melayakkan diri menerima Bonus Peribadi, Pengedar mestilah mempunyai paling minimum 30 UV Peribadi dalam bulan pembayaran bonus.
  2. Bonus Kempimpinan (sehingga 6 paras ke atas) – Anda layak menerima Bonus Kepimpinan apabila anda melahirkan Pemimpin Jualan yang baru di dalam organisasi anda (“break out”). Bonus Kepimpinan dibayar kepada semua Pemimpin Jualan yang layak dan menepati prestasi yang digariskan untuk bonus ini. Bonus Kepimpinan dibayar berasaskan pada PV Kumpulan sehingga Pemimpin Jualan tahap ke-enam. Pembayaran bonus ini berasaskan jumlah sebenar KiraanMata pada Tahap Pertama (First Level Point Count) dalam kumpulan tersebut.
  3. Insentif Coordinator (sehingga 1.5%) – Bonus Insentif Khas Shaklee (Insentif Coordinator) merupakan satu insentif dan ganjaran bagi prestasi perniagaan cemerlang yang ditawarkan kepada pangkat Coordinator dan ke atas, yang layak.
  4. Program Kereta – Program Subsidi Kereta Shaklee ialah program insentif yang ditaja khas oleh Shaklee untuk semua para Pemimpin Jualan Shaklee yang menepati syarat-syarat yang ditentukan. Pemimpin Jualan yang menepati syarat kelayakan akan mendapat kredit kereta setiap bulan dimana mereka perlu memenuhi syarat perlaksanaan Program Kereta ini secara minimum.
  5. Program Konvensyen/ Insentif – Sebaik sahaja anda mencapai pangkat Supervisor, anda telah mula mendapat mata terkumpul untuk Program Konvensyen Shaklee. Destinasi dan kelayakan UV bagi setiap konvensyen berbeza pada setiap tahun. Sila rujuk Brosur Konvensyen/insentif untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu