Nak Kurus Atau Sihat ?

nak kurus atau sihat

Nak Kurus Atau Sihat ? Kebanyakkan orang mempunyai dilemma seperti ini apabila membuat resolusi tahun baru atau tersentak dan terkesima selepas doktor memberi prognosis yang anda sudah mengalami masalah dan penyakit metabolik. Masa itu barulah anda terkenang memori indah bersama gula pasir yang senantiasa memberi ketenangan untuk bergembira dengan anjakan serotonin dan dopamin.

Oh, betapa gembiranya masa itu menghadap semua makanan sebab negara kita ini syurga makanan bak pepatah pelancong luar negara. Setiap memori ada suka dan duka. Sekarang, anda berduka dengan kondisi badan yang sudah melalui inflamasi.

Beginilah nasib badan

bak kata orang tua zaman duhulu yang mana harga secupak beras pun mahal, apa lagi kalau ingin berlaukkan protin atau lemak. Harga telur dulu mahal sehinggakan rasuah budak dalam filem P. Ramlee pun kira hebat kalau dapat yang rebus atau separuh masak. Harga dulu pun sekupang dua untuk sebiji telur.

Setelah anda menjalani IF, anda mula merekod berat badan anda setiap hari. Sakitnya hati tidak terperi kerana berat badan anda mula turun 2 hingga 3kg seminggu tersekat/terbantut apabila masuk minggu kelima. Apa masalah yang badan anda hadapi? Semua yang dilakukan sudah cukup. Kawan-kawan cakap berat yang telah hilang itu hanya berat air sebab kurang makan tetapi masih makan karbohidrat, lagi-lagi yang terproses.

Anda mula membuang segala karbohidrat terproses (kecuali sayur dalam keadaan azali/asal/sebenar) dan menjalani protokol kedua iaitu LK. Berat anda mula turun gila-gila sehingga menghampiri berat atau BMI ideal anda. Hanya 10kg lagi untuk mencapai tujuan anda. Apa lagi masalah badan anda walaupun segala bapa posting dalam group anda telah baca dan ikut segala tips yang telah diberi. Di mana masalah badan?

Anda mula rasa resah dan mula fikir adakah segala yang anda telah lakukan secara ekstrim ini memberi manfaat?

Ya, segala ini memberi manfaat dan badan mula mengurus tetapi kenapa susah sangat turun lagi berat badan? Jawapan anda tiada dalam posting di dunia. Ia hanya boleh dijawab oleh diri anda sendiri. Anda perlu menguji badan anda untuk melihat apa masalah anda dan mengatur semula protokol yang anda telah laksanakan. Maka, ini akan mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan untuk mendapat jawapan yang anda cari.

Rupa-rupanya anda baru sedar yang pro tips untuk turunkan berat badan adalah antara tugasan paling senang didunia sebab anda telah menurun berat badan melalui dua protokol; iaitu melalui IF dan diperhebatkan dengan LK. Namun begitu segala masalah lain seperti sembelit dan ketidakseimbangan hormon adalah kajian kendiri yang sangat susah.

Waktu ini, anda perlu menokok tambah sayur atau mengurangkan jumlah pengambilan sayur bergantung kepada keadaan sembelit anda sehingga anda mampu membuang air besar sekali sehari atau dua hari. Kalau berubah dari LK kepada karnivor diet, lagi jarang dapat membuang dan jumlah buangan pun tidak banyak.

Selain itu, anda kena sedar jika anda ada masalah tiroid,

paras penurun dan pengurusan berat badan adalah jauh rendah dari kawan-kawan lain. Selain itu, sebilangan orang perlu melakukan ujian jika anda perlu meneruskan IFLK melalui protokol ketiga iaitu adrenal fatigue diet.

Bacaan gula dalam badan anda sudah turun dari 20mmol/L kepada 6mmol/L tanpa perlu menelan metformin dan jadi mat fit cucuk jarum insulin. Masih lagi dalam keadaan terkawal tetapi melampaui batas normal dan berada dalam lingkungan pra-diabetis.

Anda perlu berusaha lagi untuk mengatur semua pemakanan anda sehingga bacaan gula anda turun lebih rendah daripada 5.5mmol/L. Anda terus berusaha dengan teknik lain dengan memahami fakta nutrisi bahan-bahan memasak dan makanan yang anda makan. Fakta ini akan membuka mata anda tentang betapa teruk dan hinanya industri pemakanan dimana produk-produk komersil di pasaran ini mengandungi sangat banyak gula dan sodium tersembunyi.

Ada kala anda sangat marah apabila makanan yang kononnya mesra-keto diperkayakan dengan maltodextrin.

Selain itu, anda baru sedar yang makanan tambahan untuk membina otot dan jisim seperti whey protein tidaklah begitu sihat. Terakhir sekali anda baru sedar yang gula tiruan/sintetik seperti aspartame masih lagi melonjakkan tahap insulin anda. Patutlah selama ini bahan-bahan tersembunyi sebegini merosakkan atau menjatuhi kadar pemulihan hormon-hormon dalam badan anda.

Apabila anda sudah mula faham masalah gula atau kanji tersembunyi, anda mula makan secara sihat. Kekacang ini semua memberi lemak yang baik. Tiba-tiba anda sedar yang kacang tanah ini tidaklah sesihat seperti yang dijangkakan. Ia mempunyai banyak serat dan kadar lemak yang baik tetapi mengandungi aflatoxin yang tidak baik untuk badan anda dan mengakibatkan sesetengah inflamasi.

Terkesima lagi! Anda mula membuat rujukan sehingga anda rasa kekacang tertentu adalah yang terbaik untuk anda. Pemakanan sihat mempunyai lain-lain zat, khasiat, nutrisi dan gizi rupanya. Anda telah berjaya mencari pendekatan yang lebih tepat dan lebih sihat setelah menguji keatas badan anda dan reaksi daripada pemakanan sebegini.

Gula dalam darah anda telah turun sedikit, anda masih tidak puas hati dengan bacaan tekanan darah anda masih tinggi.

Rupa-rupanya anda gagal untuk mengawal kortisol dalam badan anda. Tidur tidak cukup dan ini juga mengakibatkan inflamasi kepada badan. Badan tidak mendapat reaksi baik dari hormon pertumbuhan. Setelah anda mendapat cukup tidur dan anda memahami masalah hormon 1GF, baru anda dapat mutu kesihatan dan keseimbangan metabolik. nak kurus atau sihat ?

Setelah hampir dua atau tiga tahun masa berlalu, anda baru sedar segala yang anda telah lakukan membuahkan hasil yang baik. Segala penyakit telah dipulihkan/diterbalikkan/disongsangkan semula kepada keadaan sihat dan asal. Pada peringkat ini anda mula faham banyak informasi yang sediada selama ini adalah salah.

Pelaburan untuk membeli vitamin c termahal selama ini hanya sia-sia sebab badan akan mencernakan gula terlebih dahulu sebelum menyerap vitamin c kayangan anda. Vitamin yang diambil disingkirkan tanpa diserap dan anda sangat sakit hati. Segala majun, suplemen viral, dan macam-macam makanan untuk pengurusan berat badan hanyalah plasebo atau bahan-bahan yang memudaratkan badan anda. Anda sangat kecewa namun begitu sangat berpuas hati sebab anda telah menjadi semakin bijak dalam membuat keputusan baik untuk memulihkan penyakit metabolik anda.

Tiba-tiba penyakit gout anda sudah hilang.

Kesedaran bahaya dan bahana gula pasir sukrosa yang merupakan campuran glukosa. Fruktosa pula menghasilkan asid urik yang mencetuskan penyakit gout. Beg mata hitam anda sudah hilang, biji-biji kolestrol sekitar kelopak mata sudah surut. Biji mata anda sudah kembali putih dan bukannya merah menyala. Begitu juga kulit anda yang sudah mulus dan gebu; dan ketiak serta leher tidak lagi berkerak. Syukur, Alhamdulillah. Tanpa sedar banyak lagi penyakit lain telah sembuh secara tidak langsung. Kenapalah kita sangat naif sebelum ini?

Sekarang anda sedar bahawa anda hanya memerlukan masa 2 hingga 3 bulan untuk menurunkan berat badan anda. Pemulihan badan pula mengambil masa sehingga bertahun-tahun. Rintangan insulin memerlukan sepuluh tahun sebelum menjadi penyakit diabetis. Begitu juga kadar penyembuhan yang diperlukan oleh badan anda. Kemajuan adalah amat perlahan. Itulah hakikatnya. Pada tahap ini, anda tidak berfikir tentang bentuk dan berat badan anda. Anda tumpukan segala fokus anda kepada keseimbangan metabolik dan memperkasakan imuniti badan.

Tiada pemberian lagi hebat selain daripada kesihatan untuk diri sendiri. Jika anda tidak bertanya, membaca atau menguji diri sendiri, maka tiada jawapan yang sempurna dan terbaik untuk anda. Saya mengesyorkan anda untuk terus berusaha membaikpulih segala masalah badan anda. Sebelum berfikir tentang kecantikan atau kesasaan badan anda. nak kurus atau sihat ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply