DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Neonatal Jaundice

Neonatal Jaundice

Neonatal Jaundice (NNJ)

Baby saya jadi kuning (jaundice). Apa saya perlu buat?
Baby jadi jaundice pada usia sebelum 14 hari adalah sangat biasa. Ibu-ibu tidak perlu terlalu risau. Cuma perlu mengikut cara rawatan yang sesuai.
Kenapa baby jadi jaundice?
Banyak sebab kenapa baby jadi jaundice.

Jaundice yang tidak berbahaya.
1. Phyisiological jaundice. Jaundice yang normal, biasanya akan hilang sendiri selepas 14 hari.
2. Breasfeeding jaundice. Teruskan breastfeeding dan jumpa Doktor untuk pemeriksaan darah.

Jaundice yang berbahaya dan perlu rawatan segera.
1. Jenis darah ibu dan bayi yang tidak sama.
2. Masalah genetik/ sel darah merah abnormal seperti G6PD deficiency
3. Jangkitan kuman.
4. Masalah kongenital fungsi hati.
5. Kecederaan kepala bayi semasa proses kelahiran.
6. Ubat-ubatan/ Jamu/ ubat tradisional

Apa kesan Jaundice pada bayi?
1. Kernicterus
2. Brain damage causing learning difficulties, hearing problme etc.

Jadi apa nak buat kalau bayi kena jaundice?
1. Teruskan menyusu badan dengan kerap.
2. Dapatkan pemeriksaan doktor. Ujian darah perlu selalu dilakukan untuk menentukan tahap jaundice dalam badan bayi.
3. JANGAN JEMUR BAYI DIRECT DI BAWAH MATAHARI. Ramai yang suka ikut petua ni, tapi bukan 100% berkesan dan berrisko menyebabkan bayi semakin dehydrated akibat panas matahari dan jaundice akan lebih teruk.

4. JANGAN AMBIL UBAT-UBATAN UNTUK MENURUNKAN JAUNDICE.
Banyak produk di pasaran yang mengakui mampu menurunkan jaundice. Jika kita tengok kenapa jaundice berlaku, ada banyak sebab kenapa jaundice berlaku. Jadi perlu tahu dahulu kenapa jaundice berlaku then baru boleh bg rawatan. Dan rawatan yang sesuai mestilah selari dengan sebab kenapa jaundice berlaku.

Tidak mungkin satu ubat jaundice boleh merawat semua jenis jaundice. Kan?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat