NIKOTIN – Perosak Utam Fungsi Paru-paru Manusia

NIKOTIN – Perosak Utam Fungsi Paru-paru Manusia

Paru paru diciptakan untuk manusia bernafas. Ia merupakan satu organ yang sangat cekap untuk menyerap oksigen dari udara.

Malangnya “kecekapan’ fungsi organ ini untuk menyerap oksigen disalahguna untuk mengambil bahan punca ketagihan – NIKOTIN.
.

Asap rokok merupakan satu iritasi kepada paru paru. Ia menyebabkan penghasilan mukus atau lendir yang banyak di paru paru.

Apabila terlalu banyak lendir dihasilkan, perokok akan mula terbatuk batuk. Ada yang keluar sebagai kahak, dan ada juga yang tertinggal di dalam paru paru menyebabkan saluran udara tersumbat.

Lama kelamaan, rongga udara dalam paru paru akan mengeras, menebal dan rosak. Pada ketika itu, walaupun individu itu cuba menyedut udara, namun oksigen tidak dapat diserap masuk.

Inilah yang bakal dialami oleh 1 dari 5 perokok kronik.

Asap rokok mengandungi lebih 4000 bahan kimia merbahaya. Apabila sel paru paru terdedah kepada asap rokok, lama kelamaan akan berlaku mutasi sel normal kepada sel kanser.

Merokok merupakan PUNCA UTAMA kanser paru paru dan risiko perokok untuk mendapat kanser paru paru meningkat sebanyak 22 kali ganda.
.
Walaubagaimanapun, masih belum terlambat untuk anda berhenti merokok.

Hanya selepas 2 minggu anda berhenti , fungsi paru paru akan bertambah baik. Selepas 10 tahun anda berhenti, risiko kanser paru paru akan berkurangan separuh.

Untuk berhenti merokok, kunjungi http://jomquit.moh.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat