Obesiti Asia Tenggara

obesiti asia tenggara

Satu daripada dua rakyat Malaysia obes

Obesiti Asia Tenggara ? Masalah obesiti dan penyakit-penyakit tidak berjangkit sedang meningkat di Malaysia dan berada pada tahap yang membimbangkan. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa satu daripada dua rakyat Malaysia mengalami masalah berlebihan berat dan obesiti. Manakala sebanyak 17.5% rakyat Malaysia dikesan menghidap Diabetes, 30.3% menghidap Hipertensi dan 47.7% mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi pada tahun yang sama.

Punca utama obesiti adalah disebabkan ketidakseimbangan pengambilan dan penggunaan tenaga harian. Ini terjadi apabila seseorang individu mengambil makanan yang berlebihan serta tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman yang mencukupi. Sekiranya keadaan ini berterusan, berat badan akan meningkat. Keadaan ini berlaku kerana jumlah tenaga yang diperolehi daripada makanan yang dimakan tidak digunakan sepenuhnya oleh badan. Selain itu, pemakanan ibu semasa mengandung dan amalan penyusuan susu ibu, corak pemakanan kanak-kanak yang dipengaruhi oleh ibu bapa dan persekitaran turut menyumbang kepada masalah obesiti di peringkat umur yang seterusnya.

Strategi menangani obesiti telah dimulakan secara menyeluruh seawal di peringkat bayi, kanak-kanak sehingga dewasa. Langkah-langkah bagi menangani masalah ini telah digariskan dalam pelan-pelan tindakan yang dikeluarkan oleh KKM seperti Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016-2015), Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (2016-2025), Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan (2016-2025). Beberapa langkah serta strategi bagi mengurangkan kadar obesiti ini mengikut setting seperti berikut:

Fasiliti Kesihatan dan Komuniti

  • Memperkukuhkan promosi penyusuan susu ibu dan pemberian makanan pelengkap kepada bayi dan kanak-kanak kecil.
  • Mempromosikan pemakanan sihat melalui Pusat Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat.
  • Menjalankan Program Pemakanan Sihat di Pasar Raya.
  • Mempromosikan pemakanan sihat melalui Program Komuniti Sihat, Perkasa Negara (KOSPEN) dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti KEMAS dan Rukun Tetangga.

Institusi dan Sekolah

  • Melatih penjaga dan guru di TASKA dan TADIKA untuk penyediaan hidangan sihat dan pemantauan tumbesaran kanak-kanak.
  • Memperkenalkan Inisiatif Pemerkasaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi Menangani Masalah Obesiti di Kalangan Murid Sekolah.
  • Menjalankan pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Pemakanan Sihat di sekolah.
  • Menjalankan Inisiatif Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS).

Tempat Kerja

  • Melaksanakan Program Pengurusan Berat Badan Trim & Fit dalam kalangan penjawat awam selama 6 bulan.
  • Melaksanakan Program Kafeteria Sihat yang menyediakan pilihan makanan dan minuman yang sihat dan mengutamakan cara penyediaan hidangan yang lebih sihat di institut pengajian tinggi dan tempat kerja.
  • Melaksanakan Program Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM).
  • Latihan Katering Sihat bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai penyediaan hidangan yang sihat dan selamat.
  • Mempromosikan Pinggan Sihat Malaysia melalui konsep “Suku-suku Separuh” yang yang memberi panduan terhadap porsi pengambilan makanan bagi setiap hidangan utama.
  • Melaksanakan kempen kesedaran kalori di pelbagai setting termasuk di R&R lebuh raya Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang peka terhadap kalori (calorie conscious society).

Industri Makanan dan Minuman

• Melaksanakan Ikon Pek Hadapan Tenaga (Front of Pack Labeling for Energy) untuk mendidik rakyat mengenai kandungan kalori dalam sesuatu produk yang diambil.
• Mengadakan rundingan secara berkala dengan pihak industri makanan termasuk pengusaha-pengusaha rangkaian makanan segera untuk pengalakkan penghasilan/ reformulasi produk makanan dan minuman yang rendah kandungan gula, garam, lemak dan tinggi serat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa dan akan terus komited dalam menangani masalah obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Program dan aktiviti promosi pemakanan sihat serta hidup cergas sentiasa dipergiat dan diberi nafas baru. Ini telah dibuktikan apabila kadar peningkatan prevalen obesiti dalam kalangan orang dewasa dapat diperlahankan dengan peningkatan hanya 33.2% dalam tempoh empat tahun (NHMS, 2011: 44.5% – NHMS, 2015: 47.7%), berbanding 22.2% dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu (NHMS, 1996: 21% – NHMS, 2006: 43.5%).

Jawapan lisan Menteri Kesihatan, YB Dr Dzulkefli Ahmad bagi menjawab pertanyaan Datuk Lee Tiang Sing di Dewan Negara yang bertanyakan apakah tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah obesiti di Malaysia memandangkan obesiti bukan sahaja masalah dalam kalangan dewasa tetapi juga kanak-kanak. obesiti asia tenggara.

sumber : kkm

Tips Gaya Hidup Sihat

Berikut adalah penjelasan yang lebih terperinci tentang petua mudah untuk memulakan gaya hidup sihat selepas anda berumur lebih 30 tahun:

Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 6 jam tidur yang mencukupi setiap hari

Tidur yang mencukupi adalah penting untuk membaiki dan memulihkan badan anda. Kurang tidur boleh menjejaskan kesihatan anda secara keseluruhan, termasuk metabolisme dan fungsi imun anda. Cuba dapatkan waktu tidur yang konsisten dan berkualiti setiap malam.

Minum air dan bukannya minuman berkalori tinggi

Air adalah minuman terbaik yang boleh anda minum untuk kekal terhidrat tanpa menambah kalori. Elakkan minuman manis seperti minuman ringan, minuman manis dan minuman tenaga. Juga, elakkan susu pekat manis atau krimer yang mengandungi lemak tepu dan gula tambahan.

Mulakan makan buah setiap hari

Buah-buahan kaya dengan serat, vitamin, mineral dan antioksidan yang penting untuk kesihatan anda. Ambil pelbagai jenis buah-buahan segar sebagai sebahagian daripada diet sihat anda. Anda boleh memilih buah-buahan mengikut citarasa dan musim anda, seperti epal, pisang, oren, anggur, tembikai atau beri.

Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

Bersenam adalah bahagian penting dalam mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan umum. Pilih aktiviti fizikal yang anda gemari, seperti berjalan pantas, berbasikal, berenang atau bersukan. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi untuk meningkatkan kesihatan jantung, kekuatan otot dan mengekalkan berat badan yang sihat.

Tinggalkan tabiat merokok

Merokok memberi kesan buruk kepada kesihatan keseluruhan. Jika anda seorang perokok, pertimbangkan untuk berhenti tabiat itu dan dapatkan bantuan profesional jika perlu. Berhenti merokok akan memberi manfaat besar untuk kesihatan paru-paru, jantung dan keseluruhan badan anda.

Makan makanan rendah lemak dan garam

Pilih makanan yang rendah lemak tepu, kolesterol dan garam. Gantikan makanan tinggi lemak dengan pilihan yang lebih sihat, seperti makanan berserat tinggi, sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan protein tanpa lemak seperti ikan, ayam tanpa kulit dan kacang. Elakkan menggunakan garam berlebihan dalam makanan dan perhatikan juga jumlah natrium dalam makanan yang diproses. obesiti asia tenggara

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply