DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Ochronosis Kesan Penggunaan Produk Pemutihan Kulit

Ochronosis Kesan Penggunaan Produk Pemutihan Kulit

“Saya dah pakai produk ini OK sahaja kulit saya” , itu kata kata penjual dan pengguna produk B#£&#@ Skincare apabila KKM mengumumkan produk pemutihan yang mereka gunakan mengandungi bahan beracun terlarang

Kakak dan adik adik sekalian,

Untuk jangka masa pendek memanglah produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin nampak berkesan. Kulit menjadi putih kepucatan dan menjadi kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Hasilnya pula sangat cepat, memanglah membuat pengguna teruja.

Tapi apabila anda mula berhenti, kulit akan menjadi kusam, timbul jerawat dan warna menjadi tidak sekata. Kesannya akan wujud kebergantungan kepada produk yang menyebabkan anda terus memakai sehingga bertahun tahun.

Maka terjadilah masalah kulit kronik yang dikenali sebagai Ochronosis. Bahagian kulit yang sering disapu krim pemutih akan menjadi kehitaman yang tidak sekata. Ia kelihatan seperti Caviar (sila google) dan memberi kesan menggerutu.

Sila hentikan penggunaan, dapatkan konsultasi pakar kulit jika anda sudah anda tanda tanda rebound (akibat berhenti) atau tanda awal Ochronosis

Leave a Reply

%d bloggers like this: