ORANG LAIN LEBIH HEBAT ? Jangan Putus Asa Kawan !!!

ORANG LAIN LEBIH HEBAT ? Jangan Putus Asa Kawan !!!

“Orang lain lebih hebat” Seorang cucu Shaklee saya makin lama makin drop pencapainnya. Coaching makin tak buat. Sharing makin takde. Dah makin nampak kurang minat meneruskan bisnes.

Utk mengelakkan spekulasi, saya bertanya kepada beliau, “Ada masalah apa-apa ke? Atau ada komitmen lain?” Mulanya beliau tidak mahu mengaku. “Takde apa2” je katanya. Tp aKak ni biasalah, pakar memancing. Akhirnya beliau bercerita…

“Sebenarnya, saya down sgt bila tgk orang2 lain yg hebat2. Saya rasa saya ni teruknya… nak menulis pun tak pandai. Orang lain tulis pandai, lepas tu mudah je naik rank, mudah je dpt bonus ribu2. Saya rasa saya ni sgt kerdil nak dibanding dgn mereka. Daripada saya terus kecewa, lebih baik saya tak payah fikir, saya berhenti je”.

Saya tanya kat dia “Sekarang awak lebih bahagia ke? Hidup lebih senang dr sebelum ni?” “Memang tak lah. Duit pun takde. Entahla Neni, saya pun taktau apa nak buat. Saya dah putus asa..”

ORANG LAIN LEBIH HEBAT ?

Saya kongsi kat sini sbb saya tahu ramai kat luar sana yg ada isu semacam ni. Bila tgk orang lain nampak lebih hebat, kita rasa kita teruk. & terus patah semangat. Sebenarnya adik2, perasaan ini adalah ANUGERAH! Ye, anugerah!

Anugerah yg beselindung di sebalik rasa down dan kecewa. Bila kita rasa kita TAK SEHEBAT MANA, kita kena guna perasaan tu utk BERUSAHA TANPA JEMU. Sebab apa? Sebab kita tak sehebat mana! Kalau kita rasa kita dah hebat, itu lah yg PALING BAHAYA.. coz kita akan jadi complacent.

Kita rasa dah capai semua. Kita rasa dah top of the world. Kita mula hanyut dan mula sombong! Jadi gunakanlah perasaan dan emosi AKU TAK HEBAT itu sebagai perangsang utk ISTIQOMAH, teruskan usaha kita, belajar skill baru, perbaiki diri kita…

JANGAN DOWN

Dan yg paling penting, apa yg kita usahakan ni lah utk beri kita dan keluarga kita makan. Apa yg orang lain dapat, jgn harap diorang nak share dgn kita! So kenapa nak down2 sgt dgn orang? Kita semua bekerja utk sara keluarga. Jgn nafikan hak anak2 kita utk dapat apa yg mereka nak, hanya sebab kita berhenti berusaha dek krn suka banding2 dgn org.

Orang lain hebat, itu utk dia & keluarga dia. Keluarga kita perlukan kita. Kenapa nak nafikan hak keluarga kita? Rezeki masing2… tapi rezeki tu tak datang kalau kita tengok2 orang je. Rezeki datang setimpal dgn usaha kita. Igtlah Allah Maha Adil. Jgnlah kita menzalimi diri sendiri pula. So biarlah org lain hebat. Kita yg tak hebat ni ayuh berusaha tanpa putus asa sampai berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.