Orang Muslim Sentiasa Bersyukur Positif

Orang Muslim Sentiasa Bersyukur Positif

LIFE IS NOT WHAT HAPPEN TO US, BUT HOW WE REACT TO IT

.
Bila sesuatu menimpa kita, biasanya kita ada 3 cara utk bertindak, 1) positif, 2)neutral dan 3) negatif.

Yang menimpa kita tu tak ada apa2, tp cara kita bertindakbalas tu lah yg menentukan siapa dan ke mana kita.

Sabda Rasulullah,

“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin, kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin. Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
[HR Muslim]

Sabar adalah tindakbalas yg pertama, POSITIF. Bila kita bersabar, kita bukanlah duduk saja tak buat apa kerana ‘terima je lah, apa nak buat’. Sabar adalah sifat yg paling Allah suka. Of course ia satu sifat yg progresif.

Dalam hal hadapi jerebu ni, sabar bukan bermakna kita hadap je lah, dah jerebu, jerebu lah, nak buat apa lagi… Sebaliknya kita bertindak dalam menghadapi jerebu ni, mungkin kita tak boleh nak kurangkan jerebu, tp kita boleh kurangkan impaknya pada kesihatan kita. Contohnya,

– kurang atau hentikan aktiviti luar.
– pakai topeng muka.
– guna penapis udara.
– minum air secukupnya.
– minum minuman elektrolit seperti air kelapa, performances drink, dan sebagainya.
– makan sumber vitamin C yg mencukupi.
– amalkan mencuci tangan dan muka.

Mudah2an segala urusan kita dipermudah oleh Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.