Panduan Pengambilan Ubat Bagi Jemaah Haji

Panduan Pengambilan Ubat Bagi Jemaah Haji

Panduan Pengambilan Ubat Bagi Jemaah Haji. *PERKARA-PERKARA PENTING BERKAITAN UBAT-UBATAN BAGI JEMAAH HAJI* (Perkongsian sesi wawancara IKIM fm pagi tadi). Ahli kaum keluarga perlu bantu jemaah haji daripada golongan warga emas terutama dalam persediaan bekalan ubat-ubatan untuk dibawa ke Tanah Suci.

Bawa jumlah kuantiti ubat-ubatan yang diperlukan sahaja.

Tidak perlu bawa ubat yang telah disuruh berhenti pengambilannya ke Tanah Suci. Dapatkan nasihat Pegawai Farmasi di Hospital dan Klinik Kesihatan sebelum bertolak ke Tanah Suci.

Pegawai Farmasi di Hospital atau di Klinik Kesihatan akan pastikan bekalan ubat yang dibawa adalah mencukupi. Pegawai Farmasi yang bertugas memberikan kaunseling ubat-ubatan dan membantu menguruskan bekalan ubat untuk dibawa ke Tanah Suci dalam kuantiti yang cukup serta mempunyai label yang jelas dan rapi.

Ubat-ubatan yang perlu dibawa di Tanah Suci jangan disimpan dalam bagasi daftar masuk ke dalam ruang kargo kapal terbang

Walaupun pihak Tabung Haji (TH) ada menyediakan klinik-klinik khas di maktab dan Pusat Rawatan untuk para Jemaah Haji di Tanah Suci, perlu diingatkan bahawa fungsi klinik-klinik di maktab lebih kepada memberikan rawatan untuk penyakit akut dan kecemasan manakala Pusat Rawatan pula membantu jemaah yang uzur dengan menyediakan perkhidmatan pesakit dalam. Justeru bagi pesakit kronik, penting untuk bawa bekalan ubat masing-masing.

Bekalan insulin yang ada di Tanah Suci adalah terhad dan tidak semua jenis Insulin dalam pasaran disimpan dalam stok simpanan di pusat rawatan TH. Oleh sebab itu, bagi pesakit diabetes, jangan lupa membawa bekalan Insulin yang mencukupi dan bawa Pen Insulin sekali. Setiap jenama Insulin mempunyai Pen Insulinnya yang tersendiri.

Jemaah Haji perlu membawa Insulin dalam Bagasi tangan dan dibawa bersama masuk ke dalam ruang tempat duduk kapal terbang. Insulin yang dibekalkan boleh dibawa ke Tanah Suci dengan menggunakan beg sejuk (Cooler bag) dan boleh dibeli di premis-premis farmasi komuniti.

Perlu diingatkan Insulin yang telah dimasukkan ke dalam Pen Insulin tidak perlu disimpan dalam beg sejuk. Insulin di dalam pen boleh simpan dalam suhu bilik selama 30 hari. Sebaik sahaja tiba di bilik penginapan di Tanah Suci, masukkan Insulin tersebut ke dalam peti sejuk yang ada dalam bilik masing-masing.

Jika tiada peti sejuk kecil dalam bilik di Tanah Suci, segera ke Klinik-klinik TH yang tersedia di setiap maktab dan minta jasa baik pembantu farmasi yang bertugas di klinik tersebut untuk tumpang simpan Insulin dalam peti sejuk ubat di klinik TH. Pastikan ianya berlabel dengan nama, nombor KT atau nombor bilik.

Setibanya di maktab simpan ubat-ubatan di dalam bilik penginapan. Boleh bawa/simpan sedikit dalam beg sandang jika mahu diambil semasa beribadat di masjid. Tidak perlu membawa semua bekalan ubat-ubatan ke masjid. Bawa bekalan 1 – 2 hari sahaja. Jangan banyak sangat.

Semasa perjalanan ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, hanya bawa sedikit sahaja bekalan ubat-ubatan ke sana. Perlu disimpan bekalan ubat selama 5 hari sahaja. Tidak perlu bawa semua bekalan ubat semasa ke sana kerana di takuti hilang dan mungkin suhu. di sana agak panas dan boleh merosakkan semua bekalan ubat-ubatan.

 Cara nak turunkan darah tinggi

yang dah sampai 180 ni ialah seperti di bawah. Mohon ma’af mungkin nasihat ini tidak dianjurkan sesetengah pihak doktor, tapi alhamdullillah setakat ini saya yg juga mengidap penyakit ini dapat kontrol darah tinggi ke tahap yang tidak membimbangkan, insyaAllah.

1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus
2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya
3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.
4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.
5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)
6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.
7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!
8. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih
9. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual
10. InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.

Tambahan

a. Kalau tak keberatan beli Kapsule Bawang Putih 300 gm dan makan 3 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan Cod Fish Oil atau minyak ikan berkapsul
c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.

Alhamdullillah saya mendapat penyakit ini sejak 5 tahun dulu, dan saya juga ada keturunan darah tinggi dalam famili. TEtapi dengan sedikit perubahan dalam cara hidup iaitu membuat sedikit senaman dan aktiviti setiap hari, meditasi, dzikrullah tahap darah saya sudah stabil ke 140 – 150 alhamdullilah tetapi diikuti dengan dos ubat yang disyorkan oleh doktor. Bila makan ubat tu, doakan yg kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menyembuhkan. Jangan risau, insyaAllah semua ubat ada penyakit melainkan maut. Allah Kareem. Salam ukhwah Kak Irena Ampang Ja

copy&paste

Digalakkan sekiranya surat ubat (preskripsi ubat) yang terkini sebelum ke Tanah Suci dibuat salinan dan diselitkan dalam buku perubatan haji agar dapat memberikan informasi terkini kepada petugas perubatan haji di tanah suci jika dalam keadaan kecemasan di sana.

Jemaah Haji disarankan untuk terus patuh kepada pengambilan ubat-ubatan dengan mengamalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut dos, cara dan masa pengambilan yang betul agar dapat membantu mengawal penyakit seterusnya memberi keselesaan kepada para Jemaah untuk mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci dalam keadaan sihat.

Untuk pesakit diabetes pula, bukan sahaja perlu patuh kepada pengambilan ubat-ubatan rawatan diabetes yang diberikan, malah satu lagi perkara yang penting adalah pengambilan makanan yang cukup dan mengikut masa.

Pesakit diabetes harus mengetahui tanda-tanda gula rendah dalam darah (Hipoglisemia) dan apakah yang perlu dilakukan jika merasi tanda-tanda tersebut.

Bagi pesakit diabetes, jika alami Hipoglisemia, cepat-cepat ambil makanan atau minuman yang manis untuk atasi masalah hipoglisemia itu. Oleh sebab itu simpan lah kurma dan air minuman jus kotak dalam beg sandang yang dibawa ke masjid.

Elakkan berkongsi ubat-ubatan untuk rawatan penyakit kronik dengan jemaah lain. Amalan berkongsi ubat ini boleh mendatangkan kemudaratan kerana mungkin simptom atau tanda-tanda penyakit itu sama namun ubat mungkin berbeza.

Elakkan membawa dan menggunaan ubat-ubatan yang tidak berdaftar dengan KKM kerana ditakuti ia boleh mendatangkan kemudratan kepada para jemaah.

Para Jemaah haji yang menghidap diabetes digalakkan membeli ubat krim pelembap dan perlulah disapu kepada kaki setiap malam sebelum tidur untuk mengelakkan daripada keadaan kulit pada kaki kering dan merekah. Kerana keadaan ini menyebabkan luka dan boleh bertambah teruk dan melarat terutama dalam golongan pesakit kencing manis.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply