DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Panduan SOP Covid-19 Makan Besar Tahun Baru Cina

Panduan SOP Covid-19 Makan Besar Tahun Baru Cina

NASIHAT UMUM BAGI MENGURANGKAN RISIKO PENULARAN COVID-19 KETIKA MERAIKAN TAHUN BARU CINA

Makan besar sempena Tahun Baru Cina merupakan satu adat yang menjadi tradisi bagi masyarakat Cina di Malaysia. Kerajaan
telah membenarkan tidak lebih daripada 15 orang ahli keluarga yang tinggal dalam lingkungan 10 km radius untuk berkumpul
bersama bagi tujuan makan besar ini.

Semasa pandemik COVID-19, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga, terutamanya golongan berisiko tinggi seperti warga emas dan mereka yang menghidapi penyakit kronik. Perlu diingatkan bahawa, mereka yang dijangkiti COVID-19 mungkin tidak bergejala.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati agar perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan norma baharu iaitu:

• Perayaan disambut dengan ahli keluarga dari rumah yang berlainan secara maya;
• Bilangan orang yang hadir jika berkumpul secara fizikal dihadkan;
• Tidak hadir atau berkumpul dengan ahli keluarga jika berasa tidak sihat;
• Tempoh masa berkumpul dihadkan;
• Aktiviti berkumpul di luar rumah adalah digalakkan;
• Tingkap dan pintu dibuka untuk pengudaraan yang lebih
baik sekiranya berada di dalam rumah. Sebaik-baiknya, gunakan penapis udara dalam bilik jika ada;
• Elakkan aktiviti sembang dekat, sembang kuat, menjerit, dan menyanyi kerana lebih banyak virus boleh tersebar melalui aktiviti tersebut;
• Pakai pelitup muka setiap masa dan hanya tanggalkan ketika waktu makan;
• Tidak berkongsi perkakas makanan dan minuman;
• Jaga penjarakan fizikal sebanyak yang boleh sekurang-kurangnya 1 meter;
• Cuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer sekerap yang boleh. Elakkan sentuhan mata, hidung dan mulut tanpa mencuci tangan terlebih dahulu.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikan
perayaan ini. Semoga perayaan Tahun Baru Cina 2021 disambut dengan norma baharu bagi menghindari jangkitan COVID-19.

Leave a Reply

%d bloggers like this: