DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Pemberian Vaksin Pneumokokal KKM Untuk Bayi Lahir Tahun 2020

Pemberian Vaksin Pneumokokal KKM Untuk Bayi Lahir Tahun 2020

Pemberian suntikan Vaksin Pneumokokal di Klinik Kesihatan KKM akan bermula pada 1 Disember 2020 untuk kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya.

Vaksin ini akan diberikan sebanyak 3 dos iaitu 2 dos primer pada umur 4 bulan dan 6 bulan; diikuti 1 dos penggalak (booster) pada umur 15 bulan.

Pemberian Vaksin Pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurankan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit Pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Ia seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit Pneumokokal dan komplikasinya. Walaupun penyakit Pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria Pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antiobiotik. Pemberian Vaksin Penumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalan jangkitan bakteria Pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

Ibu bapa dinasihatkan untuk membuat temujanji dengan klinik kesihatan KKM bagi megelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada norma baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.

Sebarang persoalan boleh diajukan kepada KKM di talian 03-8883 4003 atau emel: imunisasi@moh.gov.my

#kkm
#vaksinpneumokokal

Leave a Reply

%d bloggers like this: