Penyakit Ekzema

Penyakit Ekzema

Terdapat beberapa jenis ekzema. Setiap jenisnya mempunyai ciri ciri yang tersendiri. Dianggarkan 1/20 orang dewasa menghidap atopic eczema.

🍃(1) Atopic Eczema

Bahagian pelipat badan seperti  lipatan lengan,belakang lutut dan leher

🍃(2) Seborrrheic Eczema

Kulit kepala yang berkelemumur dan tompokan merah  atau berair di muka terutamanya di kalangan bayi

🍃(3) Statis Eczema

Dibahagian kaki indivodu yg mengalami ‘varicose veins’, iaitu mempunyai salur darah yang timbul di kaki

🍃(4) Dyshidrotic Eczema

Menjejaskan jari, tapak tangan, dan kaki, menyebabkan gatal, tompok bersisik kulit yang mengelupas sentiasa atau menjadi merah, retak dan menyakitkan.

Keadaan ini adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki.

🍃(5) Allergic Contact Dermatitis

Terjadi di bahagian yang bersentuhan dengan bahan penyebab alahan.

Contohnya: di pergelangan tangansekiranya seseorang alah kepada jam tangan (alahan kepada nikel), ketiak (alahan kepada pewangi dalam deodoran) dan sebagainya

🍃(6) Juvenille Plantar Dermatosis

Pesakit mengalami kulit kering ,bersisik dan merekah di tapak kaki sejak kanak kanak atau remaja, boleh berlarutan sehingga ke peringkat dewasa.

Siapa yang Berisiko Mengalami Ekzema?

(1) Ahli keluarga yang mengalami ekzema

(2) Pesakit Asthma 

(3) Allergic Rhinitis (resdung)

(4) Ibu mengandung yang mengalami masalah keputihan terlampau, boleh membawa jangkitan pada bayi.Oleh kerana itu, ibu mengandung harus memberitahu lebih awal kepada doktor atau jururawat yang memeriksa anda agar mereka dapat memberi rawatan mengurangkan masalah keputihan anda. 

(5) Ibu mengandung yang mempunyai masalah diabetes juga berisiko tinggi melahirkan bayi dengan masalah eczema. 

Punca Penyebab Ekzema

Punca eczema masih lagi belum dikenalpasti puncanya. Namun terdapat beberapa faktor yang mencetuskan eczema:

🍃Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai masalah alergik, asma dan eczema

🍃Tekanan perasaan dan emosi

🍃Alahan kepada makanan laut, bahan pengawet, keju, telur dan pelbagai lagi.

🍃Persekitaran yang kotor, berhabuk , lembap dan cuaca terlalu panas.

🍃Asap rokok dan bahan kimia sangat membantu dalam pencetus eczema.

🍃Penggunaan sabun mandi yang kurang bersesuaian, syampu, serbuk pencuci pakaian, kosmetik haiwan peliharaan dan kulat.

Kesan & Risiko Penghidap Ekzema

Kegatalan adalah masalah utama pengidap ekzema sehingga pesakit menggaru kulit sampai terluka. Ini boleh menyebabkan jangkitan kuman sekaligus menjadikan ekzema sukar awal walaupun pesakit meneruskan rawatan ubat sapuan  biasa.

rasa gatal yang berterusan juga menjadikan seseorang tidak selesa , menganggu tidur diwaktu malam dan merasa tertekan kerana tak dapat menumpukan perhatian dan menjalankan aktiviti/pekerjaan seharian

2 Bahan JANGAN Guna Untuk Eczema Sila elakkan 

🌺STEROID
Steroid terkandung dalam ubat-ubatan seperti krim (tak semua dan ada sesetengah krim dan ubat sahaja).Sila elakkan 

🌺PARAFFIN
 Paraffin biasanya terkandung dalam baby oil dan sabun-sabun.

Kedua bahan ini akan menyebabkan keadaan jadi jauh lebih parah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat