PENYEBAB UTAMA KANSER – Gula Putih Pembunuh Senyap ?

PENYEBAB UTAMA KANSER – Gula Putih Pembunuh Senyap ?

time sihat, happy je. Siap upload gambar bangga dengan saiz badan berkali ganda, lepas tu letak status ‘’Ya, aku gemuk. Ada aku kisah apa kau nak kata?’.. aduii.. Jangan cam tu kak, bahaya! Kena la kisah sebab badan kita ni bukan kita punya, Allah bagi pinjam je. Benda yang dipinjam, kena la pulang balik dengan sempurna. Betul? Kanser sekarang ni tak mengenal usia. Gaya hidup yang tidak sihat serta diet merupakan penyebab utama kanser. Kajian menunjukkan 1/3 dari semua jenis kanser sangat berkait rapat dengan pemakanan kita!

Kenapa Kanser berlaku?

Kanser ni satu perkara yang sangat kompleks. Ia bermula dari DNA sel yang rosak dan menyebabkan ia membesar tanpa kawalan dan mengganggu sel-sel lain. Senang kata macam ni, analogi DNA kita ni macam computer juga, dia ada kod tertentu untuk kawal on, off, program etc. Tapi bila computer dah kena virus, semua system hang. Keluar la ntah macam-macam nombor-nombor yang kita pun tak boleh nak baca.

DNA ni pun computer dalam badan kita, bila rosak sistem, dia mula la hasilkan ntah apa-apa protein pelik yang menyebabkan sel tu boleh membesar, merebak dan menggangu sistem yang lain. Mula di ovari, tapi lepas tu merebak ke tempat lain seperti hati, paru-paru, otak, tulang dan mana-mana yang dia suka. Persoalannya?

Apa Penyebab Utama Kanser ?

Kata kunci di sini ialah ‘INFLAMMASI’ atau ‘KERADANGAN’. Apa benda tu? Contohnya ada kena gigit dengan semut api . Perasankan tempat tu akan jadi merah, gatal, bengkak dan sakit. Itu la inflammasi atau radang.

Ia adalah satu tindakbalas sistem badan semulajadi kita terhadap pelbagai anasir luaran dan dalaman yang mengganggu badan kita contoh macam – luka, toksin, stress, cedera, . Ia adalah satu protective mechanism atau respons sistem imun yang normal untuk membaikpulih badan kita dan penyebab utama kanser.

So, apa yang bahayanya?

Bahayanya kalu inflammasi ni berlaku secara berterusan dan keadaan ‘senyap’ atau tidak kita sedari. Chronic inflammation yang paling merbahaya, The Silent Killer! Contoh ‘perosak senyap’ yang menyebabkan inflammasi kronik dan merosakkan DNA sel adalah :

  1. Stress yang kronik – beban kerja, boss, stress dengan suami, anak-anak etc.
  2. Makanan yang tidak sihat – mengandungi banyak pengawet, kimia, kalori berlebihan.
  3. Gaya hidup yang tak aktif – banyak duduk dari bergerak
  4. Merokok
  5. Toksik – dari pencemaran air, udara dan pelbagai ubat-ubatan, supplements yang tidak mempunyai ujian klinikal, kosmetik yang mengandungi racun tersembunyi.
  6. Obesiti – sel lemak adalah ‘inflammatory organ’
  7. Jangkitan kuman – terutamanya ‘recurrent infection’.
  8. Alkohol

Inflammasi kronik akan merosakkan kestabilan DNA dan menyebabkan sel membiak dan merebak tanpa kawalan. Sel kanser sekarang ni semakin ‘pandai’ dan resistant terhadap rawatan. Lebih cerdik dan bijak kerana Ia mampu membentuk saluran darah baru (Angiogenesis) untuk supply lebih banyak oksigen dan nutrient ‘makanan’ yang diperlukan untuk dia membesar.

Dan dalam approach atau pendekatan baru untuk mengawal dan membunuh sel kanser ini ialah kita perlu fokus atau attack kepada saluran darah yang mengalir kepada sel kanser tersebut – STOP pembentukan saluran darah baru dan hentikan semua nutrient yang menyumbang kepada ‘kegemukkannya’. Kita bukan hanya target pada sel kanser tapi pada akar umbinya! Hentikan semua supply oksigen dan makanan untuk dia dan koloninya, dan biarkan mereka terbantut pertumbuhannya!

Gula Putih Penyebab Utama Kanser ?

Dan tahukan anda bahawa GULA adalah makanan kegemaran sel-sel kanser? Taking sugar means you are FEEDING your cancer cells! Kajian menunjukkan dalam sel badan badan manusia mempunyai microtumour yang tidak dapat dikesan secara klinikal. Samada ia akan aktif atau tidak – bergantung pada diri seseorang itu, gaya hidup, diet dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada keradangan atau inflammasi yang kita bincangkan sebelum ini. Gaya hidup kita, pemakanan kita semuanya menyumbang samada mikrotumour itu akan aktif atau dorman. We have a choice and it can be prevented!

Dalam pendekatan Nutrition therapy – kita fokus untuk pada berikan natural ‘anti-canser phytochemical’ melalui diet harian setiap hari. Walau sedikit, tapi setiap hari ia akan memberi impak fdalam jangka masa panjang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang mempunyai banyak bahan yang mempunyai sifat anti-kanser ini.

sumber : Dr Malinda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.