PERLUKAN KALSIUM ? Baca 3 Sebab Utama Di Bawah ….

PERLUKAN KALSIUM ? Baca 3 Sebab Utama Di Bawah ….

KENAPA KITA PERLUKAN KALSIUM? Kalsium bukan untuk tulang saja tau. Banyak lagi kepentingan kalsium, antaranya, Seperti di bawah

  1. Untuk pergerakan otot – Otot kita mengecut dan relaks, dan dikawal oleh paras kalsium dalam sel oto kita. Bila kekurangan atau terlebih kalsium, ia boleh mengakibatkan masalah otot seperti kejang dan rasa macam dicucuk.
  2. Untuk pembekuan darah – Semasa kita luka, kalsium bergabung dengan Vitamin K untuk membentuk sejenis protin dinamakan fibrinogen. Platlet darah bertindakbalas dgn fibrinogen membentuk jaringan halus dinamakan fibrin. Jaringan fibrin akan mengeras pada bahagian luka bagi menghentikan darah mengalir dari luka.
  3. Untuk mengimbangkan air dalam badan

KENAPA KITA PERLUKAN KALSIUM ?

Kalsium adalah elektrolit utama dalam badan kita seperti natrium, kalium, klorin, fosfat dan magnesium. Keseimbangan elektrolit penting untuk peredaran darah dan bendalir dalam badan. Kalau kita tak cukup kalsium untuk fungsi di atas, badan akan ambil kalsium daripada tulang. Dari situ terjadilah macam2 masalah tulang terutama osteoporosis. Taknak kena tulang reput kan? Jom dapatkan kalsium anda hari ni.

SUMBER KALSIUM MUDAH

  1. susu – Makanan utama penghasil kalsium terbesar tentu saja adalah susu. Selain itu susu juga mengandung segala macam kebaikan vitamin dan mineral. Konsumsi segelas susu di pagi hari atau Anda juga dapat menuangkannya di dalam semangkuk sereal.
  2. Bayam – Bayam adalah salah satu jenis sayuran yang mengandung banyak kalsium. Sertakan bayam dalam menu diet Anda untuk tulang yang lebih kuat.
  3. ikan – Ikan seperti ikan sarden, ikan tuna, dan salmon merupakan salah satu produk hewani yang kaya akan kalsium. Selain kalsium, ikan juga merupakan sumber terbaik vitamin D.
  4. Yoghurt – Yoghurt adalah salah satu produk susu. Semua produk susu merupakan sumber kalsium yang baik dan mudah dicerna oleh tubuh. Selain itu, produk susu juga mengandung magnesium dan fosfor.
  5. Kubis – Sayuran berdaun hijau terutama yang termasuk dalam keluarga kubis seperti brokoli, bunga kol, dan lobak selain mengandung kalsium juga mengandung vitamin K.
  6. Kacang-kacangan – Kacang-kacangan dan biji-bijian adalah salah satu kalsium yang layak untuk dimasukkan ke dalam program diet Anda.

sumber: merdeka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.