DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Perut Buncit Wanita

Perut Buncit Wanita

APA PUNCA SEBENAR YANG MENYEBABKAN PERUT BUNCIT DI KALANGAN WANITA?

1. Amalan pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak tepu
Makanan bergoreng yang menggunakan minyak yg diguna berulangkali juga boleh menyumbang kalori yang tinggi dalam makanan. Makanan bergula tinggi juga boleh meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit.

2. Kurang aktiviti berbentuk senaman yang boleh mengurangkan jisim otot
Jisim otot berkurangan tidak akan membakar lemak secara efisien terutama di kawasan perut. Otot yang tak aktif akan lembik dan menyebabkan perut menggeleber.

3. Perubahan hormon akibat penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Untuk wanita menopouse , pengeluaran hormon estrogen akan berkurang jadi menyebabkan timbunan lemak di perut bertambah. Cuba perhati perut mak kita yang dah menopause pasti nampak buncit kan walaupun mak kita tu kurus macam mak saya.. mueheheh ampun mak!

4.Stress yang tak terkawal
Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Bila hormon-hormon ni berkurangan, perut akan menjadi buncit kerana pengumpulan lemak dalam abdomen.
Agak-agak mana satu punca perut anda buncit? Sebab stress ke? Pemakanan ke? atau perubahan hormon, almaklum lah umur dah makin meningkat.

Jangan risau, ada cara yang boleh membantu untuk tukar perut yang konon-konon macam hamil 5 bulan tu kepada perut leper ala-ala model. Fuyooo syiok kan? Tapi of course untuk dapatkan sesuatu kene buat sesuatu. Takde cara mudah nak kempiskan perut puncit. Saya senaraikan tips ni untuk mereka yang takmo lagi disindir suami atau rakan sekerja akibat perut buncit.

Leave a Reply

%d bloggers like this: