DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Pesakit Kencing Manis Berisiko Dijangkiti Covid19 Yang Membawa Maut

Pesakit Kencing Manis Berisiko Dijangkiti Covid19 Yang Membawa Maut

Pesakit Kencing Manis, Darah Tinggi Berisiko Dijangkiti Covid19 Yang Membawa Maut. Kalau kita lihat kes kes kematian di Malaysia akibat Covid 19 majoriti nya adalah mereka yang ada latar belakang penyakit kronik terutama kencing manis , darah tinggi

Mengikut VeryWellHealth.com

People with diabetes often have low blood flow to the extremities. With less blood flow, the body is less able to mobilize normal immune defenses and nutrients that promote the body’s ability to fight infection and promote healing.

 

Apabila pesakit kencing manis dijangkiti virus, mereka lebih sukar dirawat kerana paras glukosa darah yang turun naik dan mungkin terdapat lain-lain komplikasi.

 

Kenapa mereka lebih mudah dijangkiti dan mendapat komplikasi yang lebih serius?

 

 

Pertama, sistem imun terganggu kerana kadar gula tak menentu dalam darah menjadikannya lebih sukar untuk melawan virus dan kemungkinan menyebabkan tempoh penyembuhan yang lebih lama.

Kedua, virus lebih mudah tahan dalam keadaan gula yang tinggi dalam darah.

Yang masih belum menghidapi kencing manis, ubahlah dari sekarang. Kurangkan gula dan minuman manis. Makanlah secara sihat supaya bukan saja dapat mengurangkan risiko Covid19, malah mengurangkan risiko komplikasi penyakit-penyakit lain yang membawa maut.

Untuk penghidap kencing manis, sekiranya anda dapat jaga dengan baik, risiko mendapat sakit yang teruk daripada COVID-19 adalah sama seperti yang tidak menghidap kencing manis.

Kredit : Syaza Nutritionist 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.