DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Petua Kayap Ular

Petua Kayap Ular

Petua kayap ular “Doktor, betul ke kalau kena KAYAP ULAR, kalau dia bersambung keliling badan, nanti boleh mati?”

Pernah dengar tak pernyataan ni? Betul ke tidak pernyataan ni? Sebelum itu, kita lihat dahulu kayap ni penyakit apa sebenarnya.

Kayap (herpes zoster) ini adalah penyakit yang disebabkan jangkitan Varicella Zoster Virus(VSV), iaitu virus yang sama yang menyebabkan chicken pox(cacar air). Kayap ni, adalah penyakit susulan daripada chicken pox.

Macam mana tu, doktor?

Apabila seseorang dijangkiti VSV, maka dia akan mendapat simptom yang kita panggil chicken pox. Kemudian selepas chicken pox itu pulih, virus ni tak mati. Ia akan duduk diam-diam di dalam akar saraf. Ia akan aktif semua jika sistem imun individu menurun.

“Kenapa ada orang panggil sakit ni kayap ular?”

Oleh kerana virus ni duduk dalam akar saraf, apabila dia aktif semula, ia akan menjangkit saraf berkenaan disepanjang laluan (dermatome) saraf tu. Mula-mula pesakit akan rasa pedih dan membakar di sepanjang jalur saraf tu, kemudian naik lepuhan-lepuhan berair di situ.

Jalur saraf ni memanjang, jika di bahagian badan, ia sepanjang tulang rusuk. Biasanya di sebelah bahagian badan sahaja. Memandangkan ruam dan lepuhan ni muncul pada jalur yang panjang, ia mirip ular yang melingkar. Selain di badan, ia boleh kena pada leher, muka, dan bahagian lain.

“Kayap ni boleh melingkar sekeliling badan tak? Kalau boleh, betul ke akan mati?

Jarang kayap ni melingkar sekeliling badan, tapi tak mustahil. Jika ia berlaku lazimnya kerana pertahanan imun tubuh pesakit itu telah terlalu rendah. Jangkitan kayap yang teruk boleh menyebabkan beberapa komplikasi. Antaranya:

◾ Postherpetic neuralgia: iaitu kesakitan pada jalur saraf, walaupun ruam sudah tiada. Ada pesakit yang masih sakit pada jalur itu walaupun sudah berbulan-bulan.

◾ Buta dan Pekak: Jika terkena pada saraf muka, muka boleh lumpuh. Jika di saraf mata, boleh buta. Jika di saraf telinga, boleh pekak.

◾Radang otak dan selaput otak: ia jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku, ia sesuatu yang amat serius. Jika tak rawat, sebabkan kematian.

Pendek kata, penyakit kayap ni boleh menyebabkan kematian tetapi ia disebabkan oleh komplikasi yang serius ekoran imuniti rendah, bukan kerana ia melingkar di keliling badan.

“Apa rawatan kayap ni, doktor?”

Walaupun ada pesakit yang boleh pulih sendiri tanpa rawatan, doktor biasanya akan beri ubat antiviral, salap(sapuan), ubat tahan sakit untuk mengurangkan ketidakselesaan pesakit, dan memendek kan tempoh pemulihan.

OK, itu sahaja hari ini. Semoga bermanfaat!

PETUA MERAWAT KAYAP

petuani nampak tak logik atau merepek,tapi cukup berkesan,tak percaya cuba….

“setiap tumbuhan yang kami ciptakan itu, ada penawar dan racun,maka gunakanlah mengikut aturannya, agar kamu mendapat manafaat..

Sedikit testimoni yang pernah mengamalkan petua ini

1.cari janda kahwin bujang suruh dia ubatkan gan air ludah selawat 3 kali letak ibu jari pada langit selawat dan sapu saya pernah dulu kena mcm2 ubat tak baik last ada orang bagi prtua ni alahamdulillah baik tawakal lah

2.Ank saya pernah kena dikaki, cari lah jiran² atau saudara yg ada, janda berkahwin dengan bujang, bawa kelapa parut dan gula merah, beri padanya dan minta tolong dia kunyahkan sambil selawat kemudia dia sebur kan dan sapu ketempat yg sakit tu, insya’allah sembuh

3.Betul tu..tapi org kampung saya dulu suruh org janda yg kawin bujang tu kunyah putik cempedak (yg besar ibu jari tangan tu) kunyah2 selawat..lepas tu sembur dekat tempat yg kene kayap tu..Inn Shaallah..

4.Paling mudah minta tlg ibu tunggal yg dah bernikah dgn org bujang…minta tlg kunyahkan daun sirih jer..pahtu minta semburkan sirih yg dikunyah tu kat kayap…in shaa Allah.. sbb mak pernah kena..merayau cari ubat..dpt petua ni..minta adik angkat mak yg dok sblh rmh…alhamdulillah..sembuh..

5.inshallah dulu saya time budak lagi dah kena dekat perut,dah separuh perut.minta tolong Pak cik dia bujang berkawin nga janda.buat dlm 2 Hari berturut alhamdulillah sembuh…. Sama makan makanan yg sejuk2.insha Allah sembuh

PETUA TRADISISONAL MENGATASI KAYAP

1)atau Menggunakan pokok duit-duit

Cari pokok duit2 tumbuk lumat dan tampal, bagi salam kat nabi Allah Ilias, dan nabi Allah Khidir AS, minta izin nak ambil pokok tu untuk buat ubat, Fatihah 3 kaki, selawat 9 kali, insha Allah

Ambil air daun pokok yang ditumbuk hancur kemudian air perahannya ditampalkan pada tempat yang terkena kayap dan dibalut semalaman.

2) Untuk kayap setompok, gunakan daun delima ditumbuk lumat. Campur bedak sejuk (tanpa pewangi) sapukan di tempat kayap.
Insyaallah 2-3 hari ia akan sembuh. Walaubagaimanpun, makanan hendaklah dijaga dan berpantang terutamanya makanan yang boleh menyebabkan gatal dan bernanah. Parut jangan dikutil untuk mengelakkan jangkitan merebak.

3) Gunakan rumput kerbau, basuh dan kemudian celup pada tempat yang terkena kayap.

Since aku pernah kena kayap, i can talk about this.

Bila aku kena kayap last month, banyak sangat petua-petua yang aku dapat dari kawan-kawan, sedara mara aku. Alhamdulillah ramai yang masih lagi concern. Aku terima dengan hati yang terbuka.

Tapi, aku bukan lah orang yang ikut pantang semberono. Aku check dengan doktor, betul ke tak boleh makan itu ini, dan doktor cakap if aku tak de allergies, boleh je makan APA PUN. So i eat anything that i want. Cuma first few days tu memang hilang selera lah sebab tengah sakit kan. ahaha.

Bukan lah aku nak tunjuk rebel yang aku ni jenis langgar segala jenis pantang orang dulu-dulu. Tak. Cumanya, sebelum nak ikut, check lah rationalities sesuatu benda tu. Jangan di sebabkan badan kita tak boleh terima certain makanan, kita halang orang lain makan. Mungkin badan kita tak boleh terima, orang lain boleh terima. Lain orang lain ketahanan badan masing-masing.

Aku sendiri akan makan, if lepas tu aku sakit, aku akan stop makan. Dan tak akan makan lagi for a time being. For now, alhamdulillah tak de menda sangat pun.

Dan lagi 1, jangan lah cakap “sekarang ok laa. Nanti-nanti dah tua macam-macam penyakit mai.” Sebab lepas tu aku akan balas balik “Orang tua yang pantang pun last-last penyakit macam-macam dok ada.” Lepas tu gaduhh. Ahaha. Tiap orang ada pendapat masing-masing. Jangan disebabkan dia tak mau terima kita punya pendapat, terus cakap yang bukan-bukan. Berlapang dada la.

Aku senang ja. Kalau hampa pilih nak berpantang, go on. Badan hampa. Sikit pun aku tak halang. Jadi kalau aku pilih tak mau pantang, jangan la menggelabah. Pilihan masing-masing.

Alamak. Terpanjang pulak membebel.

P/s : Tapi, masa kena kayap tu aku tak makan udang jugak laa sebab mak ayah aku tak bagi makan. Bukan sebab pantang. Sebab dosaaa melawan cakap mak ayah. ahahahaha.

P/ss : Sakit weh kayap ni. Lepas tu tinggal parut kekal lak kat belakang badan aku. Hodoh gila. Dah kena turunkan harga hantaran kawin nanti. ehh. hahhahaahahha.

Petua Hilangkan KAYAP

Antara petua untuk merawat kayap adalah seperti berikut:

Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit2 yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.

Petua 4. (Untuk kayap setompok).
Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

Petua 5.
Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Petua 6.
Guna jenis ubi, lupa plak nama ubi tu seakan2 keledek di gosok kat simen/lesung batu, ambil pati dia dan sapu di tempat kayap tersebut, alhamdulillah kering 2,3 hari lepas tu..cuba rujuk orang2 tua tentang ubi.

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.

Petua 8.
Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.

Petua ke 9.
1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.
2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.
3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap.
Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik .

Semoga penyakit anda disembuhkan. Semoga anda sihat selalu. Aamiin…

Ramai juga yakin bahawa kayap ular ini boleh dirawat cara tradisional

Sebenarnya, kayap ular ini mempunyai proses yang natural, setelah menyerang kulit, akhirnya ia akan sembuh juga walaupun memakan masa yang panjang.

Tetapi saya ada petua bila terkena kayap ini dan memang mujarab.Apa yang saya gunakan adalah dapatkan buah seduduk yang dah masak… kemudian lenyekkan dan tampal pada bahagian yg terkena kayap. Buahnya yg sejuk membuatkan kayap cepat surut…

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin.

Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.

Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.

Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.

Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya.

Pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong(yang nie kayap)/bertih/cacar air.

Menggunakan pokok sisik naga/ duit-duit :
Ambik air daun yang ditumbuk hancur kemudian perahnya ditampalkan pada tempat yang terkena kayap dan balut semalaman.

Untuk kayap setompok, guna daun delima ditumbuk lumat. Campur bedak sejuk (tanpa pewangi) sapukan ditempat kayap. Insya-Allah 3-4 hari ia akan sembuh. Walau bagai mana pun, makanan perlu dijaga dan berpantang terutama makanan yang boleh menyebabkan gatal dan bernanah. Parut jangan dikutil untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Leave a Reply

%d bloggers like this: