Petua Luka Jahitan Bersalin Cepat Baik

Petua Luka Jahitan Bersalin Cepat Baik

Ikan haruan kaya dengan zinc yang dapat percepatkan luka sembuh

Pastikan kawasan sekitar luka dibersihkan selalu..setiap kali menukar pad..pastikan kawasan luka itu dibersihkan..pada peringkat permulaan cukup dengan lalu kan air di kawasan berkenaan kerana pada masa ini mungkin masih terasa pedih.

Pastikan kawasan kemaluan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman. Jangan malas untuk kerap menukar pad ye..walaupun kadang anda rasa darah tak banyak dan pad tak penuh..tak payah tukar?

jangan amalkan ye…biasakan tukar pad paling lama 4jam..jangan dibiarkan lebih lama kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman dan akan sebabkan masalah lebih parah.

Bersihkan tempat luka menggunakan air rebusan manjakani, asam keping dan sedikit garam.

Biasanya awal2 pagi saya akan rebus dulu bahan-bahan ni..dan setiap kali cuci kemaluan..saya akan menggunakan air ini untuk membilas..kemudian lap kering. Selepas bilas dengan air ni..tak perlu lagi bilas dengan air biasa.

Untuk kesan lebih cepat..selalu cuci tempat luka menggunakan putik kapas dan air suam. Namun kita perlukan bantuan seseorang untuk lakukan ini. Bolehlah minta bantuan dari suami untuk lakukan.

Pengalaman dari seorang kawan…katanya jika selalu dicuci dengan air suami lukanya bersih dan cepat sangat kering..memang lukanya cepat baik.

Selain itu, bolehlah amalkan makan sup ikan haruan. Ikan haruan memang dipercayai turun temurun dalam mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin. Ikan haruan sebenarnya kaya dengan zinc yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka.Selain itu..boleh juga amalkan sup belut. Insya allah luka bersalin akan lebih cepat kering. Yang ni ada mungkin pilihan bagi mereka yang boleh makan belut..ada yang tak boleh makan belut..cukup lah ambil ikan haruan.

Amalkan vitamin c dan saya juga amalkan pengambilan zinc dalam bentuk tablet..bagi ibu-ibu yang tak suka makan ikan haruan dan belut..boleh terus telan je tablet zinc ni untuk membantu percepatkan luka sembuh.

Jemputlah kawan join telegram @GayaSihatCantik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.