Pil Gemuk Mengandungi Steroid ?

berat badan

“PIL GEMUK ITU STEROID LAH” Senario semasa masyarakat kita, ramai yang berminat untuk mengambil ubat pelangsingan badan untuk tampil kurus. Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir masyarakat kita yang ingin menambah berat badan dengan menelan pil ajaib iaitu “Pil Gemuk”. Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat terdapat penjualan “Pil Gemuk” secara berleluasa melalui media sosial.

Masalah Pil Gemuk

Sebenarnya apakah kandungan “Pil Gemuk” yang dijual melalui media sosial ini? Penjual sering mempromosikan ubat ini dengan nama “Yellow & Orange Tablet”. Ubat ini sebenarnya adalah ubat dengan nama dagangan “Harsen” (tablet berwarna kuning) dan “Kalbe” (tablet bewarna jingga) dan ia dibungkus dalam satu bekas bercampur kedua-duanya.

Menurut “Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat” yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua-dua produk ini tersenarai dalam 163 produk yang tidak berdaftar. Kedua-dua produk ini adalah produk keluaran luar negara dan mengandungi dexamethasone, sejenis hormon kortikosteroid (tablet kuning) dan cyproheptadine, sejenis ubat antihistamin (tablet berwarna jingga).

Kedua-dua ubat ini dibungkus semula dalam sebuah bekas atau botol baru secara bercampur dengan label dan jenama lain (Pil Gemuk) dan dijual melalui platform media sosial. Merujuk kepada Dokumen Garis Panduan Pendaftaran Ubat (DRGD) yang dikeluarkan oleh pihak NPRA, pembungkusan dua jenis ubat berlainan jenis dalam sebuah bekas atau botol adalah tidak dibenarkan.

Maka timbul persoalan, adakah gabungan hormon kortikosteroid dan ubat antihistamin ini boleh meningkatkan berat badan seseorang? Tiada kajian kukuh yang dilakukan untuk melihat keberkesanan gabungan kedua-dua ubat ini boleh meningkatkan berat badan. Malah kedua-dua ubat ini juga tidak mempunyai indikasi untuk meningkatkan berat badan.

Dexametasone biasanya digunakan sebagai antikeradangan dalam rawatan asma dan keradangan sendi. Cyproheptadine pula digunakan untuk tujuan rawatan alahan. Jika tiada indikasi untuk meningkatkan berat badan, bagaimana produk ini dikatakan berkesan meningkatkan berat badan individu yang mengambilnya? Oleh itu, kita perlu menilai pula kesan sampingan dexamethasone dan cyproheptidine ini.

Kesan Sampingan Dexamethasone

• Pertumbuhan terencat
• Osteoporosis
• Ulser perut
• Glaukoma
• Ciri-ciri seperti Sindrom Cushing
• Meningkatkan selera makan
• Meningkatkan risiko kerosakan kulit
• Meningkatkan risiko jangkitan

Kesan Sampingan Cyproheptidine

• Kekeliruan
• Koordinasi yang terganggu
• Pening
• Mudah teruja
• Euforia (rasa sangat gembira)
• Halusinasi
• Sakit kepala
• Kesukaran untuk tidur
• Kerengsaan
• Kegelisahan
• Sawan
• Jantung berdegup laju
• Anoreksia
• Meningkatkan selera makan
• Sembelit, cirit-birit, mual, muntah
• Penglihatan kabur

Antara kesan sampingan dexamethasone adalah ciri-ciri seperti Sindrom Cushing dan meningkatkan selera makan. Sindrom Cushing merupakan keadaan yang disebabkan oleh kelebihan hormon kortikosteroid dalam tubuh. Keadaan ini dicirikan oleh tekanan darah tinggi, obesiti di bahagian abdomen tetapi dengan lengan dan kaki yang kurus, tanda kemerahan pada regangan kulit, wajah muka menjadi bulat dan kemerahan, ketulan lemak di antara bahu, otot dan tulang menjadi lemah, jerawat, dan kulit mudah luka dan susah untuk sembuh. Bagi kaum wanita akan menunjukkan tambahan tanda dan gejala seperti banyak tumbuh bulu dan kitaran haid menjadi tidak teratur.

Kesan sampingan cyproheptadine juga boleh meningkatkan selera makan, namun cyproheptadine ini juga boleh menyebabkan anoreksia (keadaan yang mana kurang keinginan untuk makan sehingga menjadi amat kurus) dalam sesetengah individu.

Kesan sampingan Dexamethasone

Pertumbuhan terencat, osteoporosis, Ulser perut, glaucoma and subcapsular cataracts, vertebral compression fractures. Cushing-like features, kegagalan fungsi pankreas, iritasi gaster, meningkatkan selera makan, meningkatkan risiko kerosakan kulit dan meningkatkan risiko jangkitan.

Kesan sampingan Cyproheptidine

Kekeliruan, koordinasi yang terganggu, pening, mudah teruja, euphoria, halusinasi, sakit kepala, histeria, kesukaran untuk tidur, kerengsaan, kegelisahan, sedation, sawan, mengantuk, gegaran/tremor, vertigo, hipotensi, berdebar-debar, jantung berdegup laju, sakit perut, anoreksia, meningkatkan selera makan, sembelit, cirit-birit, mual, muntah, kesukaran untuk kencing, kerap kencing, penglihatan kabur, tinnitus, labyrinthitis akut, kesesakan hidung, pharyngitis, fotosensitiviti, ruam, urticaria, keletihan, menggigil.

Nampaknya antara kesan sampingan Dexamethasone adalah Cushing-like features dan meningkatkan selera makan. Kesan sampingan Cyproheptidine juga ada meningkatkan selera makan, namun cyproheptidine ini juga boleh menyebabkan anoreksia (keadaan di mana kurang keinginan untuk makan sehingga menjadi amat kurus).

Cushing-like features Pil Gemuk ?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apakah itu Cushing-like features? Sindrom Cushing berlaku disebabkan tahap hormon kortisol yang tidak normal. Ia boleh berlaku atas pelbagai sebab. Sebab yang paling biasa adalah kesan penggunaan ubat kortikosteroid.

Tanda dan gejala termasuklah tekanan darah tinggi, obesiti di bahagian abdomen tetapi dengan lengan dan kaki yang kurus, tanda kemerahan pada regangan kulit, wajah muka menjadi bulat dan kemerahan, ketulan lemak di antara bahu, otot dan tulang lemah menjadi, jerawat, dan kulit mudah rosak dan susah untuk sembuh. Kadang kala ada perubahan mood, sakit kepala, dan perasaan keletihan yang amat sangat. Bagi kaum wanita akan menunjukkan tambahan tanda dan gejala seperti banyak tumbuh rambut dan kitaran haid menjadi tidak teratur.

Rumusan Pil Gemuk

Individu yang mengambil produk ini mungkin merasakan kesan dalam peningkatkan berat badan apabila melihat wajah muka semakin bulat, kelihatan perut semakin buncit dan terdapat ketulan lemak antara bahu. Namun tanpa disedari, semua gejala atau tanda ini adalah ciri-ciri Sindrom Cushing. Gambar-gambar testimoni pengguna produk ini dalam media sosial jelas kelihatan “moon face” kesan daripada pengambilan ubat jenis hormon kortikosteroid. Ramai yang terkeliru dan menganggap produk ini berkesan dalam peningkatan berat badan.

Pengguna perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan sebarang ubat-ubatan. Jangan keliru dengan kesan sampingan ubat-ubatan dan jangan mudah terpedaya dengan penjual yang tidak bertauliah.

Bagi orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangka masa yang lama digesa supaya tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak dan turut mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan. Ini kerana ia boleh menyebabkan masalah yang boleh membahayakan kesihatan akibat withdrawal syndrome.

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam boleh menghubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre, NPCC) melalui talian 1800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum).

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply