Pisang Untuk Diet

pisang untuk diet

Pisang Untuk Diet ? #ANDAHARUSTAHU Diet makan pisang di waktu pagi sebelum sarapan pagi adalah satu jenis diet yang sangat POPULAR di Jepun pada tahun 2008 sehingga pernah kehabisan stok pisang gara-gara semua ingin kurus.

Pisang Untuk Diet

Diet pisang ini telah dipopularkan oleh seorang pengamal perubatan Tradisional, Hitoshi Watanabe yang telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 18kg dengan hanya memakan pisang dan air hangat.
Metodologi diet pisang ini telah dicipta oleh si isteri, Sumiko Watanabe merupakan seorang Ahli Farmasi di Osaka, Jepun dan diet ini menjadi begitu popular “Worldwide Trending” pada tahun tersebut.
Pisang yang digunakan dalam diet ini hanyalah Pisang Cavendish (Import) atau Pisang Berangan (Tempatan). Buah pisang ini mengandungi fiber tinggi yang membuatkan anda berasa kenyang dan kurang selera makan.

Untuk melakukan diet sarapan pisang, anda perlu minum segelas air putih hangat terlebih dahulu di pagi hari saat perut kosong. Setelah satu jam, makanlah dua biji buah pisang dan minum air putih lagi.

Jangan terburu-buru segera makan makanan yang lain. Pisang yang dimakan harus dalam keadaan buah pisang asli (tidak diolah menjadi bentuk makanan lain.)
Selepas 30 minit anda masih lapar, anda boleh makan makanan lain. Makanlah secukupnya seperti biasa yang anda lakukan selagi tidak melanggar pantang larang.
Untuk makan malam, paling lewat anda perlu berhenti makan malam pada jam 8 malam. Anda juga harus menghindari minum alkohol dan susu selama melakukan diet makan pisang ini.

Diet Pisang????

Haaa ni ada tips drp seorang ibu anak 3 yang telah mengamalkan diet dengan memakan buah pisang dan berjaya menurunkan berat bdn sebanyak 42kg dalam ms 8 bulan.. tp bukan hanya makan buah pisang je.. makan juga nasi just control kuantiti pengambilan nasi tu.. Jom baca!!! BANGUN PAGI:

1. Minum 200ml air masak suam (fungsi untuk detox dan tidaklah mengejut buah pinggang awak tiba-tiba nak kena proses air manis dulu). 2. Makan 2 biji pisang dan minum secawan air masak suam (nanti korang akan rasa macam kembang je dalam perut tu sebab pisang kaya dengan fiber). 3. Sarapan pagi boleh apply diet Atkins jika perlu. Akak pulak selang-selikan makan sosej goreng/omellete/roti wholemeal + salad + mayo.

TENGAHARI:

1. Sebelum makan tengahari makan dulu 1 atau 2 biji pisang lagi (supaya awak tak rasa nak makan banyak pun waktu tengahari). 2. Boleh apply diet Atkins jika perlu. (Tapi akak ni anak dah 3 ada anak kecil lagi umur 3 tahun so kalau tak makan nasi akak boleh menggigil. Jadi akak limitkan makan nasi hanya setengah senduk, 1/2 pinggan WAJIB lauk sayur/ulam + 1/4 lagi ayam/ikan bakar). MAKAN MALAM SEBELUM 6PM.

1. Boleh apply diet Atkins jika perlu (akak pulak petang-petang macam ni akak suka makan biskut Weetameal, so bila perut dah rasa kembang aakak stop makan biskut. Ataupun petang-petang akak suka makan sup sayur/tomyam sayur, nasi seboleh-bolehnya elakkan). 2. Then malam sebelum tidur makan lagi sebiji pisang.

Macam tu lah yang akak amalkan setiap hari sampai lah masuk hari ke-12. Bila timbang berat jer, “Oh my God! Menjadi babe, reduce 5 kilo siapa nak kasi!” Masuk hari ke-13 sampai lah ke hari ni akak cuma diet dengan cara kurangkan makan karbo, lebihkan protein. Selamat mencuba!!

MILKSHAKE PISANG & COKLAT

Bangun pagi, tengok jam dah terlewat. Ikut resipi EXPRESS ini supaya kita tak kelaparan sepanjang jalan dan sampai ofis terus meratah satu pinggan mee goreng.. eh ?????
Bahan-bahannya
1. 250 ml susu rendah lemak (108 kcal)
2. 1 sudu besar serbuk cocoa (30kcal)
3. 1 biji pisang (60-80 kcal)
Caranya, masuk dan kisar.. sedap.. ini yang dikatakan sedap, rendah kalori sedar-sedar dah kurus!
Berapa jumlah kalori? 210 kcal. Nak kenyang lagi, kisar dengan 3 sudu besar oat (75 kcal). Masih tak sampai 300 kcal.
Btw malam-malam ni buat hot chocolate pun sedap.. panaskan susu, letak serbuk coklat.. pergh sedap
Suka tak resipi ni?
Oh ya serbuk cocoa ni boleh beli bahagian bahan buat kuih.. pastikan kandungannya tiada tambahan gula ya. Serbuk cocoa asli..

GM DIET MAKAN PISANG ?

Ramai yang tanya pasal diet yang turun hingga 6kg tu. Sebenarnya, tu adalah experimental diri sendiri dengan GM DIET.
Ok la. Ni teman kongsi GM diet yang teman buat tempoh hari.
Semoga memberi manfaat pada yang ingin berGM DIET .

Apa itu GM DIET ?
✅ GM = General Motor
Diet GM pertama kali diasaskan khusus untuk para pegawai di perusahaan General Motors, Amerika Syarikat.
Diet ni merupakan program diet 7 hari yang diuji oleh John Hopkins Research Center. Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kesegaran di pengurusan General Motors, sekali gus menaikkan daya saing produk di perusahaan General Motors.
Diet GM ni sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan secara cepat tanpa rasa lapar. Diet ni mampu menurunkan berat badan sekitar 5-8kg dalam tempoh seminggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta mampu memperbaiki pola makan seseorang.
Diet ni dilakukan dengan menu yang telah ditetapkan. Selama diet ini berlangsung, anda harus minum air kosong minimum 8 gelas setiap hari dan tidak boleh minum minuman manis.
Diet GM boleh diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi.

? HARI PERTAMA ?
• Buah-buahan kecuali pisang.
Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.

? HARI KEDUA ?
• Sayur-sayuran
Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang.
Digalakkan sarapan dengan kentang rebus.
Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.

? HARI KETIGA ?
• Sayur-sayuran kecuali kentang.
• Buah-buahan kecuali pisang.

Di hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.

? HARI KEEMPAT ?
• Pisang
• Susu rendah lemak
Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 – 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini.
Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.

? HARI KELIMA ?
• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato
Pada hari ni, anda boleh ambil 560gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan.
Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.

? HARI KEENAM ?
• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran
Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.

? HARI KETUJUH ?
• Nasi beras perang / parboiled
• Jus buah
• Sayur-sayuran
Merupakan hari terakhir dalam GM diet.
Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.

NOTA TAMBAHAN :
✅ GM diet ini cukup dilakukan sebulan sekali.
✅ Jangan ambil minuman & makanan bergula sepanjang GM diet.
✅ Selesai 7 hari GM diet, teruskan dengan memilih diet suku suku separuh, atkins fasa 4, eat clean ataupun intermitten fasting untuk maintain berat badan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply