PKP Ibarat Nak Kuruskan Badan

PKP Ibarat Nak Kuruskan Badan

PKP Ibarat Nak Kuruskan Badan. Memang semua sedia maklum kerajaan tak boleh laksanakan PKP seperti awal awal dulu untuk merendahkan kes covid19. Jadi pilihan terbaik hanyalah PKPB takpun PKPD. Maknanya ekonomi kena jalan juga, kena pergi kerja dan kena terus berniaga.

PKP Ibarat Nak Kuruskan Badan

Tapi ramai kecam, kes makin naik selepas PRN Sabah. Jadi bila macam Selangor semalam sahaja ada 1000 lebih kes. Jawabnya semua nak PKP macam awal awal dulu. Boleh ke nak buat balik macam dulu ?

Pendapat abang Joe sendiri, memang tak patut kita kembali PKP awal awal dulu. Jalan kosong semua. Abang joe bukanlah pakar , tapi abang joe boleh bagi satu analogi orang yang nak diet kuruskan badan.

Korang pernah kuruskan badan tak ? abang joe pernahlah jugak, sempat menulis dalam #jurnalkurusjoelabu. Cara abang joe memang power jugaklah. Nak cakap bab kuruskan badan nih banyak. Tapi abang joe ambil satu cara je. Dalam analogi ini, jom kita study bab Intermittent Fasting (IF)

IF ini sebenarnya teknik diet yang mudah, tak perlu sangat nak strict eat clean , tapi cukuplah kawal portion dan paling penting kawal masa. Caranya ialah kita makan 8 jam, dan kita puasa 16 jam. Tapi dalam IF biasa nih, kita dibenarkan minum air, kopi tanpa gula. OKlahkan ? BErkesan ke ? yes , boleh dikatakan ramai celebriti buat cara IF nih, contoh terbaik ? Lisa Surihani .
Macam abang joe, IF ni cara biasa dan lebih rileks. Abang joe pulak memang buat lebih ketat. Instead buat IF, abang joe pilih buat Islamic IF, iaitu puasa.

Bayangkan lepas puasa, abang joe boleh continue puasa sunat, dan buat puasa ni 5 hari dalam seminggu. Masa petang sebelum berbuka, pergi jogging. Malam masa berbuka makan nasi separuh pinggan. Sahur hanya ambil protein shake sahaja. Ada satu masa tuh, cuba jadi vegetarian. Result dia ? kurus kering, pernah capai berat 57.9 kilo dan body fat 17 %. Hhahaa, time tuh depa tengok abang joe macam orang sakit pun ada.

Tapi masa PKP harituh, abang joe decide nak naikkan muscle. So jawabnya abg joe makan banyakklah. Tapi tahu tak ? masa makan tuh tak eat clean, bantai makan nasi banyak gile, tapi workout tak banyak. Jawabnya ? PERUT naik dan berat naik kembali, sampai pernah cecah 67 kg. Gile tak ?

Lepas tuh tekad, tak boleh lepas BMI 25 , so abang joe kembali buat IF yang lebih rileks, Takdelah puasa hari hari tak minum air. Tapi cuma makan sekali sehari, enjoy makan goreng pisang sikit sikit. Lepas tuh petang main sepak takraw , layan anak main petang petang, tak berjogging pun. Malam tutup dapur dan minum air je. Result ? Oklah boleh jugak turun, pagi tadi rekod dapat balik 62.2 kg. Visceral fat dari 11.5 turun ke 8.5 hasil konsisten IF yang lebih rilek berbanding puasa . Result memang slow progress lah, sebab kadang kadang ada makan malam kat rumah mak, lepas tuh mak masak sedap, hahah. Takpun pergi rumah abah makan makan satay. So result kekadang naik turun naik turun.

Dari cerita ini, korang boleh relate PKP dengan IF nih ?

Bagi abg joe, PKP dulu tuh bagus kalau nak turunkan kes, memang berkesan. Tapi cara itu terlalu ketat, dan paling teruk ramai terjejas, dari segi ekonomi dan sosial. Ramai takde duit nak makan, ada yang hilang pekerjaan sampai kerajaan kena laksanakan perintah moratorium. Tak boleh nak berniaga tepi jalan dan kerajaan pun cakap sehari rugi billion ringgit.
Jadi bila kes makin surut, kerajaan bagi kelonggaran PKPB, dan sampai satu masa PKPP, masa tuh kita semua keriangan, sempadan dah dibuka dan boleh bercuti. Best kan ?

Tapi kita pun semua tak sempurna, kes tiba tiba naik, dan faktor utamanya ialah PRN Sabah. Jadi kes naik sampai 4 angka sebulan. Jawabnya kena laksanakan kembali PKPB. Ada negeri yang ok, dapat kembali dari PKPB ke PKPP.

Nampak tak, analoginya macam PKP dengan PUASA, PKPB dengan IF yang lebih rileks. Kalau puasa memang berkesan gila, result mantap gile, sama macam PKP lah, kes boleh turun dengan jayanya.
PKPB pulak macam IF biasa, ada kelonggaran, tapi kes turun kadar perlahan. Tapi masih lagi boleh jalankan ekonomi.

PRN sabah ni ibarat macam salah makan, Tak jaga diet, melantak, dan berat terus naik. Anggaplah PRN Sabah ini satu pengajaran kepada kerajaan yang gagal mengawal SOP ketika pilihan raya. Dan kita patut belajar .

So kalau korang nampak, kita memang tak boleh kembali ke PKP. Kita kena belajar rendahkan kes dengan PKPB. Kena patuh SOP. Patuh SOP ini macam jaga makanlah, elak makan berlebihan, makanan berminyak, makan tak tentu masa, makan bergula.

Begitulah sesi mengarut abg joe harinih. Moga korang semua faham, kita dah kena hidup dengan covid19. Korang risau ke family kena virus nih ? Kalau risau, minta family kita kembali jaga makan dan kuruskan badan. Sebab punca kematian pesakit ada kaitan dengan darah tinggi, sakit jantung, kolesterol tinggi. Semua penyakit ini adalah disebabkan PEMAKANAN. Covid19 ini macam BOOSTER kepada masalah yang kita simpan selamanih.

So amalkan SOP, kalau nak menten kurus, kena jaga SOP diet, kalau nak kes menurun, amalkan SOP covid19

Fakta Kes Covid19

1. Semalam saya ada mendengar penerangan yang sangat jelas dan padu daripada Pakar Virologi yang berpengalaman lebih 30 tahun, Dr Sazaly Abu Bakar mengenai Covid-19 dan kaedah menanganinya.

2. Beliau memulakan penerangannya dengan membetulkan salah faham kita mengenai angka-angka kes yang ditakut-takutkan kepada kita saban hari.

3. Formulanya mudah. Kita jangan tengok angka jangkitan tapi kita tengok angka kematian. Setakat ini, angka kematian di Malaysia tidak sampai 1% dan memang boleh dikurangkan lagi apabila kita mencapai herd immunity iaitu sekurang-kurangnya 80% rakyat Malaysia telah mendapat vaksin.

4. Kemudian, beliau menerangkan pula peranan vaksin. Beliau terus terang menyebut, vaksin bukan ubat kebal. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan sistem imun supaya badan kita menjadi harmoni dengan virus. Maksudnya, badan kita telah mengenali virus itu dan hidup aman damai dengannya.

5. Virus ini sebenarnya makhluk Allah yang mempunyai misi dan visi untuk membiak sebanyak-banyaknya. Dalam proses ia meluaskan wilayahnya, maka ia menumpang duduk di dalam tubuh manusia. Virus bukan mahu membunuh manusia tetapi oleh sebab tubuh manusia tidak kuat untuk menerima kedatangan virus, maka tubuh manusia terbinasa.

6. Jika kita lihat dalam carta, hampir 99% pesakit dapat sembuh dengan sendiri selepas dijangkiti. Ini menunjukkan bahawa badan mereka telah berdamai dengan virus tersebut dalam situasi menang – menang. “Hang bagi aku parking kat badan hang, hang takkan dibinasakan.”

7. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai sistem pertahanan yang kuat, virus ini akan menjajah badan mereka.

8. Fungsi vaksin adalah untuk meningkatkan antibodi supaya virus tidak menjajah. Virus tetap akan masuk ke dalam badan manusia sebagai pelancong atau pemastautin tetap tetapi mereka tidak boleh menjajah jika menteri pertahanan kita kuat.

9. Ada orang pertikai, “Dah vaksin pun masih dijangkiti. Acaner?” Ya, jangkit tetap berjangkit. Tapi, risiko kematian dapat dikurangkan. Anda boleh lihat di England. Selepas 80% rakyat divaksin, SOP telah dilonggarkan sehingga mereka dibenarkan menonton perlawanan bola sepak di stadium. Akibatnya, peratus jangkitan telah meningkat. Tapi, peratus kematian rendah berbanding sebelum rakyat England mencapai 80% divaksin.

10. Berbeza dengan Indonesia, kadar vaksinasi hanya 50% dan mereka mahu bebas seperti orang England. Peratusan kes maut banyak kerana mereka belum mencapai 80% seperti England. Malaysia lagilah rendah kadar vaksinasi. Kita belum mampu bebas seperti kebanyakan rakyat Eropah.

11. Pun begitu, kerajaan sedang berusaha untuk mencapai 80% paling lewat pada penghujung Oktober ini. Lagi 3 bulan gais! Dan dijangkakan pada bulan November, insyaAllah kita boleh merentas negeri. Horey!

12. Eh, jap jap! “Jika kita telah divaksin, adakah kita masih menjangkiti orang lain?”

*Ya! Jika kita telah divaksin, kita masih mampu menjangkiti orang lain. Akan tetapi, jika orang yang menerima jangkitan daripada kita itu adalah mereka yang telah divaksin, insyaAllah, antibodi dalam badannya akan melawan virus tersebut.*

13. Cuma yang kita risaukan, jika kita menjangkiti mereka yang tidak divaksin dan tidak mempunyai sistem antibodi yang kuat. Contohnya mak ayah kita tak vaksin. Kita dah lengkap 2 dos, kerajaan kata, “Okey, hang boleh balik kampung.”

*Kita pun horey balik kampung peluk cium orang tua di kampung. Mak ayah kita belum vaksin dan mempunyai penyakit kronik pula. Allahu. Ini yang kita risaukan.*

(Alhamdulillah, mak ayah saya dah vaksin. Semoga Allah pelihara kita semua)*

14. Tak lupa, Dr Sazaly ada mengingatkan, supaya kita mengamalkan gaya hidup sihat: mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti kecergasan. Inilah sebenarnya vaksin natural yang menjadi menteri pertahahan dalam tubuh kita.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply