DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

PKRC MAEPS Bersih Selesa

PKRC MAEPS Bersih Selesa

PKRC MAEPS bersih, selesa: Pesakit Covid-19

SHAH ALAM – Pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang menafikan bahawa pusat itu sesak seperti mana tular di media sosial.

Afifie Chan berkata, keadaan di pusat kuarantin itu juga sangat selesa dan bersih.

“Keadaan di sini sangat selesa dan tidak menakutkan. Yang gantung-gantung kain putih di katil itu sebab silau kerana lampu dipasang 24 jam,” katanya dalam ciapan di laman Twitternya pada Sabtu.

Afifie berkata, keadaan tandas di pusat itu juga bersih dan dijaga dengan baik malahan selesa untuk mandi.

“Ada enam tandas keseluruhan dalam dewan ni. Setiap tandas ada empat hingga enam bahagian. Setakat ini, tidak perlu beratur untuk menggunakan tandas di sini.

“Makanan pula, kami dihidangkan tiga kali sehari dan setakat ini makanan mereka tidak mengecewakan.

“Cara mereka hidangkan makanan ialah mereka akan hantar kepada setiap katil, disebabkan petugas tidak ramai, kami yang tolong petugas untuk agihkan makanan,” katanya.

Terdahulu, tular video menunjukkan keadaan terkini PKRC MAEPS yang semakin sesak.

Menerusi video tersebut, pusat kuarantin itu dilihat semakin dibanjiri dengan pesakit yang mempunyai gejala wabak berkenaan.

Menjawab persoalan berkaitan katil dan berkongsi fasiliti, Afifie berkata, semua di dalam tersebut adalah positif yang tiada simptom dan risiko rendah, mereka tidak boleh dijangkiti dan menjangkiti sesama sendiri.

Katanya, warganegara dan bukan warganegara diasingkan dewan untuk memudahkan urusan pendaftaran, pemerhatian dan juga pengumuman.

Katanya, keadaan di dalam pusat kuarantin tidak seperti yang digambarkan kerana hakikatnya dewan tersebut sejuk dan selesa disebabkan penyaman udara dibuka 24 jam.

“Bila orang baru dimasukkan, pintu akan dibuka dan kami memberi sorakan untuk bagi semangat pada yang baru masuk supaya mereka tidak berasa takut,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat