DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Pokok Lidah Jin Boleh Kurangkan Stress

Pokok Lidah Jin Boleh Kurangkan Stress

Pada tahun 1989, NASA ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.

Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

Namun adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara?

Jawapannya TIDAK.

Penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/ bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan!

Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stress. Persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian 💚💚💚

Sumber: PHM

Leave a Reply

%d bloggers like this: