POSTING TIADA LIKE – Jangan Kecewa , Teruskan Usaha

posting tiada like

Pesanan lyna noh kepada kami yang posting tiada like, baca betul betul. Kepada anak-anak biz iReach saya, dan semua yang baru menceburkan diri dalam bisnes online, janganlah susah hati bila posting tak ada yang like, tulisan tak ada yang komen, etc. Jangan frust bila dah penat train ejen-ejen tapi seorang demi seorang tarik diri. Teruskan menulis dan berkongsi. Yakinlah ada yang dapat manfaatnya. Yang paling dapat manfaat adalah dirimu sendiri. Allah melihat usahamu dan pasti Dia ada perancangan yang lebih baik. Just keep on doing, be positive, never give up!

posting tiada like

POSTING TIADA LIKE ? JOM BACA TIPS DI BAWAH

Ok tips nak engagement nak like ada banyak, tapi kalau nak menarik boleh baca dekat webbomba ini, boleh cuba mana tahu berkesan dengan business korang. Jom baca apa yang patut korang cuba di bawah.

  1. Simple – Post yang dapat banyak engagement ialah post yang ringkas tapi padat isinya. Lagi panjang post you, lagi kurang engagement dapat. Semua ni bukan cakap kosong ya, dah terbukti dari statistik.
  2. Soalan – Bila post you berbentuk soalan, lagi banyak engagement you dapat. Walaupun sekadar bertanya, “HI, MAKAN APA PAGI NI?”, ramai je kepohci-kepohci kat facebook yang rasa miang je nak jawab soalan tu kan?
  3. Share – Bila post you tu you letak link pada artikel lain yang panjang isinya, makin ramai orang akan respond pada post you ols. Samada melalui Like, Comment ataupun Share.
  4. Timing – Dulu-dulu kita sibuk duk publish post time peak-hour sebab nakkan ornag nampak post kita cepat-cepat. Tapi, time peak hour tu punyala bergunung-gunung news feed kita. Sibuk nak scroll FB sampai bawah, ada masa ke diorang tu nak like ke comment ke post you ols tu? Sebab tu sekarang you ols akan dapat lagi banyak engagement bile post time off peak sebab orang tak busy sangat, so banyak masa nak respond kat post you ols yang tak seberapa tu kot.
  5. Visual – Manusia ni pemalas. Nak baca post you ols yang macam karangan tak cukup perenggan tu memang tak lah. Lagi mudah bagi orang, lagi diorang suka. Sebab tu post berbentuk gambar senang dapat engagement di Facebook. Yang paling berkesan ialah post berbentuk video. Ini paling senang dapat Share!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu
WhatsApp chat Nak Order Shaklee ?