PRODUK SENDIRI – Boleh Ke Kaya Jual Produk Orang Lain ?

produk sendiri

Ramai orang salah faham, bila disebut BISNES, dalam kepala mesti ada PRODUK SENDIRI. Saya & team saya selalu juga terima komen2 seumpama “eleh, jual produk org je pun” “tok guru saya kata jual produk orang bukan bisnes” dan sebagainya lah. Hah, macamana?

Kita tgk definisi bisnes dalam kamus Oxford:

“the activity of making, buying, selling or supplying goods or services for money”

Tak ada pun tulis “YOUR OWN BRAND”. Kalau menjual produk orang tak boleh dikategorikan sebagai bisnes, maka segala pemilik supermarket, kedai runcit tu semua dikira sebagai apa ? Bila ada term “produk orang” ni biasanya orang ingat benda mudah-mudah macam dropship. Dropship pun tak lah mudah pun rasanya.

Saya bina bisnes ni dari 0. Umpama kertas putih, dan satu demi satu dicorakkan dgn macam-macam pengalaman. Begitu juga dgn leader-leader iReach yang lain. Tidak ada satu pun yang mula-mula bisnes, terus ada empayar. Semua bermula dari satu titik yang sama.

Yang nak mudah-mudah, nak copy-paste dan terus dapat sales, benda tu tak ada dalam bisnes yang saya buat. Mesti mula dari bawah. Mesti bina jiwa usahawan. Bisnes tu tak perlu nak gah, tak perlu ada nama sendiri dicop di packaging mana-mana. Tak perlu pun.

Yang penting apa yang kita buat utk MANFAAT kepada ummah melalui diri kita. Org berniaga sebenarnya buat kerja mulia – bantu masyarakat dapatkan barang2 yang diperlukan oleh mereka. Bukan bertanding siapa paling hebat, siapa ada jenama sendiri, siapa ada brand paling besar, tak wajib pun ada produk sendiri.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu