DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Protein Shake Berkesan ?

Protein Shake Berkesan ?

-NAK KURUS DENGAN PROTEIN SHAKE: BETUL KE BERKESAN?-

Hari ini, produk-produk protein shake berlambakan di pasaran. Kebanyakannya dijual dengan memberikan harapan kepada pembeli bahawa mereka akan mencapai berat badan ideal dengan penggunaan yang betul.

MEAL REPLACEMENT

Sila maklum, produk yang dijual untuk kurus ialah digelar ‘meal replacement shake’, dan bukannya ‘whey protein’. Whey protein tujuan utamanya adalah untuk memberikan supplemen tambahan kepada tikus-tikus gymnasium (gym rats), sedangkan meal replacement dijual secara terbuka kepada umum demi Mendapatkan bentuk badan yang ideal.

DAKWAAN

Soalnya, apakah benar dakwaan yang meal replacement ini boleh menjadikan anda kurus? Jawapannya ya. Namun ianya hanya berkesan jika anda menggunakannya dengan kaedah yang betul.
Seperti namanya, meal replacement shake perlulah digunakan sebagai pengganti kepada hidangan sarapan/lunch/makan malam anda dan bukannya sebagai makanan tambahan. Silap penggunaan boleh menyebabkan anda menjadi lebih bertambah berat badan.

KONSEP CALORIE COUNTING

Pada asasnya, konsep yang digunakan oleh meal replacement adalah calorie counting, iaitu dengan menggunakan kaedah “mengambil jumlah kalori yang lebih kurang daripada kebiasaan”.
Dalam badan manusia terdapat BMR yang bermaksud Basal Metabolic Rate. Secara mudahnya bolehlah untuk disimpulkan bahawa BMR ialah jumlah kalori yang akan dibakar oleh badan kita dalam keadaan rehat.

Setiap makanan yang kita ambil mempunyai kalorinya yang tersendiri. Anda boleh semak di google sahaja untuk mengetahui jumlah kalori bagi secawan teh yang sedang anda minum. Atau sepinggan nasi lemak yang sedang anda makan.
Jadi konsep yang digunakan oleh meal replacement ialah dengan membuatkan anda mengambil kalori yang kurang berbanding dengan BMR harian anda.

Katakan yang BMR harian anda ialah 1800kcal per hari (anda boleh mendapatkan bacaan BMR pada BMR calculator di internet), anda perlu makan dengan jumlah kalori yang lebih kurang daripada jumlah BMR anda untuk mengurangkan berat badan.

MASALAH

Pada kebiasaannya, meal replacement shake memang berkesan. Namun jika anda semata-mata mengharapkan meal replacement shake untuk kurus, anda terpaksa berhadapan kemungkinan yang anda akan kembali mengalami kenaikan berat badan apabila anda menghentikan pengambilannya.

Ini kerana, purata umum untuk setiap shake ialah 150-220kcal (kilo kalori). Anda akan menggantikan satu atau dua hidangan anda setiap hari dengan menggunakan shake ini. Dan anda hanya akan ambil makanan berat sehari sekali. Sudah tentu anda kurus.
Namun bila anda berhenti, sarapan atau lunch atau makan malam anda yang sebelum ini hanya shake, terpaksa anda tukarkan kepada makanan biasa. Ianya sangat-sangat tipikal untuk orang kembali naik berat badan setelah berhenti menggunakannya.
Kecuali jika anda secara bijaknya mengamalkan clean eating setelah berhenti meal replacement.

Dalam kebanyakan kes, clean eating dan merubah secara total gaya pemakanan dan gaya hidup anda akan lebih memberikan kesan jangka panjang terhadap berat badan dan kebahagiaan anda.

KESIMPULAN

Produk-produk meal replacement memang berkesan untuk menurunkan berat badan anda, namun sebenarnya lebih baik jika anda menukar mindset pemakanan harian kepada yang lebih baik. Ianya lebih bersifat long term dan tidak akan menjadikan anda terjebak kepada diet yoyo.

Terdapat juga dakwaan-dakwaan yang mana produk meal replacement ini mengandungi nutrient yang cukup untuk selamat digunakan untuk menggantikan makanan. Selalunya dakwaan ini betul, namun untuk keselamatan anda, sila pastikan kandungan nutrient yang terdapat pada label sebelum anda mengambil mana-mana shake.

Untuk menjadikan ianya selamat, shake-shake ini biasanya akan menggunakan protein sebagai bahan utama di samping mineral dan vitamin lain. Cuma kerana nilai komersialnya, sedikit gula akan dicampurkan supaya rasanya ‘edible’.

Shake juga biasanya dijual dengan harga yang sangat mahal kerana ianya selalunya menggunakan sistem multilevel marketing ataupun direct selling.

Pendek kata, beringatlah. Pilihan di tangan anda. Kami doakan anda berjaya (caiyok!!) mendapatkan berat badan yang ideal 🙂 .

Leave a Reply

%d bloggers like this: