DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Protein Untuk Bina Otot

Protein Untuk Bina Otot

BERAPA BANYAK PROTEIN DIPERLUKAN UNTUK BINA BADAN?

Assalamualaikum semua….. Ramai la ni dok tanya berapa banyak protein yang perlu diambil untuk membina badan. Ada yang tanya berapa scoop protein sehari kena ambil, ada yang tanya protein secara menyeluruh.

First of all, anda kena faham yang protein bukan sekadar bermaksud supplement protein yang anda beli. Protein adalah makronutrien yang perlu diisi melalui pemakanan harian, dan ini termasuk supplement. Jadi, kalau anda tanya berapa scoop sehari, itu adalah soalan yang salah, sebenarnya. Berapa scoop sehari tidak menentukan samada anda cukup protein atau tidak.

Protein datang dariada pelbagai sumber. Paling mudah adalah ayam, daging, dan ikan. Selain daripada itu, kekacang dan susu juga kaya dengan protein. Whey sendiri datang daripada susu dan dijadikan dalam bentuk serbuk. Maksudnya, soalan berapa protein sehari haruslah difahami sebagai protein menyeluruh seharian.

Biasanya, 1 scoop protein mempunyai dalam 20-25g protein, hampir sama dengan sehidang ayam, daging, dan ikan. Untuk protein, anda digalakkan untuk ambil 2-3g per kilogram berat badan bagi membina otot. Maksudnya, kalau anda mempunyai berat badan 70kg, makan sebanyak 140-210g protein sehari. Bahagikan antara pemakanan dan supplement.

Sebagai contoh, dalam sehari, ambil begini:
2 scoop whey (50g)
2 ketul dada ayam (50g)
1 ekor ikan (25g)
1 senduk daging (25g)
1 genggam kekacang (20g)
1 potong keju (7g)
4 keping roti (12g)

Jumlah daripada itu sahaja dapatlah dalam 190g protein. Anda boleh ubah-ubah untuk dapatkan nilai sendiri, mungkin tambah scoop protein, atau tambah yang lain. Rajin makan, cepatlah membesar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat