DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Puasa Boleh Rawat Badan Yang Sakit

Puasa Boleh Rawat Badan Yang Sakit

Anda telah bersedia untuk merawat tubuh badan?

Yoshinori Ohsumi, seorang ahli sains Jepun, dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan untuk penemuannya tentang bagaimana sel tubuh mengalami proses kitar semula yang dikenali sebagai AUTOPHAGY iaitu, istilah Yunani untuk “Makan Dengan Sendiri”.

Autophagy adalah satu proses penting dimana ia dirangsang apabila tubuh badan berada dalam keadaan LAPAR. Contohnya apabila tubuh sedang berpuasa untuk tempoh 8-10 jam.

Apabila sedang berpuasa, proses Autophagy akan memecahkan protein dan komponen yang telah rosak dan menggunakannya semula untuk menghasilkan tenaga.

Bukan itu sahaja,sel sel lapar ini akan memusnahkan virus dan bakteria dalam tubuh dan menggunakannya untuk kitar semula.

Proses ini dikatakan sangat PENTING untuk mencegah pembentukan sel kanser, mencegah penyakit berjangkit, penyakit imunologi dan gangguan neurodegeneratif seperti nyanyuk dan parkinson.

Gangguan autophagy juga dianggap memainkan peranan dalam penuaan. Proses penuaan dapat diperlahankan dan sel sel baru yang sihat dan kuat dapat dihasilkan jika proses autophagy ini dapat diaktif.

Tubuh badan manusia mempunyai fungsi yang cukup unik untuk memperbaiki kerosakan. Manfaatkan fungsi ini dengan mengamalkan puasa sepanjang bulan ramadhan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat