DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Punca Dengkur Kuat

Punca Dengkur Kuat

Dengkuran bukan sahaja mendatangkan masalah kepada pesakit, tetapi juga individu yang berada di sekeliling mereka terutama pasangan.

Dengkuran ialah bunyi pernafasan yang kuat dan bising ketika tidur. Jika seseorang itu berdengkur, ia menandakan saluran pernafasannya terhalang seketika. Ini disebabkan halangan dalam saluran pernafasan. Getaran tisu pada bahagian kerongkong menyebabkan bunyi dengkuran itu muncul.

Kira-kira 50 peratus individu berdengkur dan ia dianggap perkara biasa. Namun apabila mengganggu tidur orang lain dan juga menyebabkan kualiti tidur terganggu, itu menandakan individu berkenaan memerlukan rawatan bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan dengkurannya.

Punca Dengkur

✅Masalah kegemukan
✅Leher pendek dan besar selain dagu yang bersaiz kecil
✅Tonsil yang besar di bahagian tekak
✅Bentuk batang hidung yang bengkok
✅Bahagian dalam hidung yang bengkak
✅Lelangit lembut yang berkedudukan rendah.
✅Pengambilan alkohol dan ubat-ubatan seperti pil tidur

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat