DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Punca Tangan Semut

Punca Tangan Semut

PUNCA KAKI KEBAS DAN KERAP SESEMUT !!!!!!

MOLEK MOLEK duduk bersila, tetiba rasa Kaki kebas atau sesemut membuatkan kaki kita terasa seperti mati rasa!

Ada banyak sebab bakpe kaki kita kerap kebas atau sesemut ini. Perkara biasa yang terjadi adalah disebabkan kolesterol atau lemak jahat yang ada dalam kaki ataupun tangan kita.

Ada op bersifat sementara dan ada pula yang berpanjangan. Kaki kebas yang berpanjang kaitk dengan keadaan kesihatan tubuh kita. Mungkin kita ada mengalami masalah penyakit diabetis, buah pinggang, penyakit hati, strok, tumor otak, ketidakseimbangan hormone dan sebagainya.

Berikut ini beberapa penyebab sesemut atau kaki kebas:

📌Kaki kebas ni jadi bila ada bahagian tubuh op mengalami tekanan dalam tempoh yang lama. Ini adalah kerana pengaliran darah ke saraf di kaki jadi terganggu sehingga menyebabkan terjadinya sesemut.

📌Kaki kebas ketika duduk bersila, boleh reda dengan sendirinya bila kita membebaskan kawasan tersebut daripada sebarang tekanan. Jadi, luruskan kaki supaya pengaliran darah kembali lancar.

📌Selain tekanan, penyakit ‘Raynaud’ juga dikatakan mempengaruhi pengaliran darah ke kawasan tertentu tubuh seperti jari-jari tangan dan kaki sehingga menyebabkan terjadinya sesemut. Selalunya penyakit ini menyerang di saat kita sedang stress, cemas atau berada di ruangan yang bersuhu sejuk.

📌Ketika tubuh mengalami dehidrasi dan hiperventilasi iaitu di mana kita bernafas dengan terlalu cepat.

📌Kekurangan vitamin. Vitamin E, B1,B6 dan B12 amat diperlukan untuk menjaga kesihatan saraf.Kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan anemia pernisiosa. Sungguhpun begitu, jika terlalu banyak vitamin B6 dalam tubuh juga boleh menyebabkan rasa kebas kaki dan juga di tangan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: