RAHIM JATUH – Wanita Kena Ambil Tahu, Jangan Sampai Tiada Zuriat

rahim jatuh

Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh. Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim. Menurut Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Subang Jaya Medical Centre, rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang menyokong organ pelvis seperti rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopaus. Semakin meningkat usia, maka semakin meningkat risiko rahim jatuh.

EMPAT TAHAP RAHIM JATUH

  1. Pertama: Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1cm dari dalam ke pangkal rahim.
  2. Kedua: Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1cm daripada pangkal rahim.
  3. Ketiga: Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang vagina.
  4. Keempat: Rahim terkeluar daripada vagina dan tidak boleh masuk semula.

PUNCA RAHIM JATUH

Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopaus, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya seperti berikut;

  1. Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum.
  2. Ibu yang melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 3.5kg ke atas) atau kelahiran kembar.
  3. Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10cm.
  4. Wanita yang mempunyai ramai anak.
  5. Kerap mengangkat objek yang berat walau pun dalam postur badan yang betul.
  6. Ibu yang mengalami obesiti.
  7. Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan ke arah pelvis.
  8. Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan.
  9. Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
  10. Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi yang menyebabkan batuk yang berpanjangan.
  11. Sembelit yang berpanjangan.

rahim jatuh jenis

LANGKAH PENCEGAHAN

  • Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera.
  • Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang.
  • Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air !
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik.
  • Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah merancang keluarga yang alami.

esp shaklee

VITAMIN SHAKLEE ELAK RAHIM JATUH

1. Energizing Soy Protein

bertindak untuk menguatkan rahim. Ia juga sangat penting untuk persediaan sebelum hamil serta membantu menguatkan rahim untuk persediaan mengandungkan bayi selama 9 bulan.Orang yang pernah mengalami keguguran dan merancang untuk hamil digalakkan mengambil Energizing Soy Protein.

Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

rawat keputihan teruk busuk

2. Gamma Linolenic Acid (GLA)

bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat-sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

CARA ORDER VITAMIN SHAKLEE

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Ainul Mustafa  013-3612717

atau klik icon di bawan ini.

e-sell

ATAU

jadi ahli shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

sumber: azlindaalinMAJALAHPAMA

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu